Sila klik link bawah...

Saturday, October 1

Blog Pilihan

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat2 belaka. Apa aktiviti kalian di hujung minggu? Pagi tadi baru berlangsungnya Hari Ko-Kurikulum 2011. Penat juga badan dek kerana bertugas sebagai jurufoto majlis. Tak menang tangan untuk merakamkan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang program ini berlangsung. Mujurlah ada anak murid yang sudi membantu. Nanti Nur akan kongsikan gambar2 jika ada kelapangan.

Hari ni Nur nak kongsi 5 blog pilihan Nur. Seandai ada kesempatan online, memang Nur tak akan lepaskan peluang mengikuti entri2 terkini daripada mereka. Jom kita singgah ke blog teman2 blogger Nur untuk hari ini...

Pemilik blog http://homekreation-recipes.blogspot.com ini merupakan seorang ibu berkerjaya yang bernama Kak Alongroz. Boleh dikatakan setiap hari, blognya akan memaparkan juadah2 lazat hasil air tangan beliau. Kak Alongroz tak kedekut untuk berkongsi resepi2 dan ada kalanya dia mereka sendiri resepi2 baru untuk dikongsi dengan pembaca yang lain. Anak kecil Liana tersangatlah comel.. Kalaulah ada kesempatan, Nur teringin untuk berjumpa sendiri dengan beliau tapi jarak memisahkan kami, kerana beliau menetap jauh di Sarawak.
"Buat Kak Alongroz, thanks for being such a good sis.. "


Pemilik blog kedua iaitu http://blogcetusanminda.blogspot.com pula bernama Kak Kartini. Seorang guru Biologi yang sangat berdedikasi. Beliau sering berkongsi info2 menarik dan perkongsian ilmu yang amat berguna untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Walaupun sibuk dengan tugas2 mendidik, beliau tak lepaskan peluang singgah memberi komen2 bernas di dalam blog Nur ini.
"Buat Kak Kartini, Nur doakan anak2 didik akak berjaya dalam peperiksaan SPM 2011 yang akan berlangsung tak lama lagi. Jika ada tips2, bolehlah kita kongsi bersama ye.. "

Pemilik blog ketiga iaitu http://salsuria.blogspot.com juga merupakan seorang pendidik di salah sebuah rendah di JB. Tuan punya blog ini bernama Kak Sal merupakan ibu kepada bekas pelajar sekolah Nur sekarang ini. Beliau juga sering bertandang ke blog Nur tanpa jemu dan meninggalkan komen2 yang cukup bermakna. Teringin benar nak bertemu dengan Kak Sal..
"Buat  Kak Sal, terima kasih atas sokongan dan komen2 akak di blog Nur. Ada masa, kita jumpa secara personal ye.."


Pemilik blog ketiga iaitu http://nurulism.com pula menggelar dirinya Chika atau nama sebenarnya Nurul Haizum. Ibu kepada 2 orang bayi comel yang bernama Medina dan Idris ini merupakan surirumah sepenuh masa yang sekarang menetap di Australia kerana mengikut suaminya bertugas di sana.
Bila berkunjung ke blog beliau, terasa ingin menjejak kaki ke sana. Gambar2 di dalam blognya cukup menarik dan beliau menulis dengan gaya santai serta seronok  untuk membaca entri2nya.

"Buat Chika, tahniah atas kelahiran bayi kedua, Idris. Semoga kalian sekeluarga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.."



Akhir sekali, pemilik blog http://www.suzie284.com pula bernama Kak Suzie. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian phD beliau di Nottingham, UK dan memegang jawatan pensyarah di UIA. Walaupun sibuk dengan kerjaya dan tugas sebagai seorang ibu kepada 2 orang hero yang comel, beliau tersangatlah rajin mengemas kini blognya hampir setiap hari. Banyak gambar2 menarik waktu beliau melanjutkan pelajaran di UK yang boleh dilihat di dalam blognya yang tak jemu mata memandang. Peminat fotografi sama seperti Nur dan sangat aktif dalam dunia contest dan sering memenagi hadiah2 hebat.
"Buat Kak Suzie, semoga berjaya dengan impian akak untuk memenangi Ipad 2.. Nur yakin satu hari nanti pasti akak akan dapat memilikinya juga. Chayok!!"

Sekian sahaja, andai ada kesempatan lagi. Nur akan review blog2 lain yang jadi pilihan Nur. Ikutkan hati banyak lagi, tapi Nur akan cuba review sedikit demi sedikit bergantung pada kelapangan.

Pada semua pengunjung2 baru, salam perkenalan dari Nur. Maaflah sejak akhir2 memang agak sibuk sedikit al-maklumlah Peperiksaan SPM dah hampir tiba.
Ok, jaga diri semua. Jumpa lagi di lain entri.

p/s: Maaflah ye.. Kadang2 bukan tak nak tulis cerita di sebalik gambar2 yang Nur postkan di dalam entri. Masa tak mengizinkan dan kadang2 ketandusan idea. Faham2 je la.. Mood berblog pun ada pasang surutnya.. betul tak????


8 comments:

  1. salam Nur... nanti akak nak jengah jugak tiga blog di atas.. dua blog dah ada dlm list, sentiasa dikunjungi juga

    akak pun ada banyak gamba xtvt sekolah tapi masa, mood, idea dan kelajuan intenet menjadi masalah utama untuk menulis setiap hari

    ReplyDelete
  2. salam.. bila nk singgah ke blog saya pula..

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum dear..:)

    Tersentak akak dibuatnya nengok blog akak yg tak seberapa terpilih jugee..:):)
    tq dear ..moga blog CM selalu di hati ..;)

    Take care :)

    ReplyDelete
  4. TEtiba tergerak hati bertandang ke blog nur pagi ni..

    ewAAH.. ada promosi Salsuria pula di sini..thnks, sesenang berjumpalah kita yang tak berapa jauh ni..buat masa ni sibuknya dengan spsk dan kaunseling..

    ReplyDelete
  5. wah nanti bolehlah terjah ke blog mereka ini.

    Kalau sibuk tak per..tugas yang penting tu bereskan dulu.

    ReplyDelete
  6. hihi rajin knur buat segmen blog pilihan tau..

    ReplyDelete
  7. Salam

    Minta beri address untuk pos hadiah giveaway ASAP ye. Please refer to http://bungakesidang.blogspot.com for details

    ReplyDelete
  8. thanks for the review :) nanti me buat entry to say tq :) and me akan letak ur blog in my bloglist gak :) tqvm :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...