Sila klik link bawah...

Monday, November 7

Al-Fatihah

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Masih belum terlambat untuk Nur mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha" buat semua teman blogger. Nur pulang beraya di kampung halaman. Pada pagi semalam, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita sedih, pakcik Nur (sebelah bonda) telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari lebaran. Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit diabetes yang agak kronik. Pemergian Allahyarham memang tidak disangka kerana baru beberapa hari dibenarkan keluar dari hospital dan dalam semakin pulih setelah kaki Allahyarham terpaksa dipotong sehingga paras betis. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah khas buat arwah pakcik Nur, Encik Ahmad Bin Selamat. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...