Sila klik link bawah...

Thursday, November 17

Maaf ye.. Tuan Rumah Busy..

Salam. Apa khabar semua? Lama sungguh tak menulis entri baru di blog. Bersawang- sawang dah blog ni... Buat semua, maaf ye tak sempat langsung nak balas komen2 yang ada. Nanti Nur bayar hutang ye cuti sek nanti.. Kertas subjek Sains SPM akan berlangsung 24hb November yang akan datang. Seram sejuk pula dibuatnya. Hari ni keputusan UPSR dah pun diumumkan. Ada anak2 rakan2 blogger yang ambil UPSR ke? Jom la kongsi keputusan mereka. Pada yang berjaya mendapat 5A, tahniah diucapkan. Tapi pada yang gagal, janganlah anda berputus asa. Bangkitlah dan buktikan yang anda sebenarnya memang seorang yang hebat. Kadang2 kita memang kena menempuh kegagalan dahulu. Sesungguhnya setiap apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya.

Hmmm hari ni badan agak letih.. Banyak juga paperwork yang kena disiapkan dan diserahkan sebelum cuti panjang. Tahun depan ada 5 orang rakan yang akan berpindah sekolah dan bertugas di sekolah baru. Rakan Nur waktu di universiti yang bertugas di sekolah yang sama juga akan berpindah. Moga Aini sukses di sekolah baru. Pagi tadi rakan2 yang berpindah mengadakan jamuan perpisahan.

Oklah sampai sini dulu, nanti Nur aktif berblog waktu cuti sek ye. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog. Selamat malam semua... ('',)



p/s: Buat semua anak2 didikku, selamat bercuti.. Gunakan cuti anda dengan penuh manfaat.

5 comments:

  1. Ada terlibat pengagihan RM100 kepada ibubapa pelajar. Ada rakan blogger yang Cikgu berpeluang escort oleh polis semasa ke bank. :-)

    ReplyDelete
  2. wlupun dah smpai penghujung sekolah, tapi akak belum lagi bercuti sepenuhnya ,satu minggu ni ada kursus ldp dn perkhemahan..feel cuti tu belum memjelma..wbgmanapun diucapkan selamat berhujung tahun..moga kedatangannya menggembirakan..

    ReplyDelete
  3. Take care adikku cayang...! Tak lama lagi cuti lah kan. ALong pun look fwd ujung tahun ni. Dah hampir setahun belum bercuti lagi ni...stress ler.

    ReplyDelete
  4. salam nur.. anda pemenang GA ida...
    klik sini... http://lakaranhatii.blogspot.com/2011/11/pengumuman-pemenang-fm-foto-free-1111.html

    sila hantarkan sekeping gambar dan setail ya.. tq

    ReplyDelete
  5. Betul tu...kat sini cikgu2 semua masih bz...cuti belum lagi start...dah tak sabar dah ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...