Sila klik link bawah...

Monday, June 25

Aktivitiku Sepanjang Minggu Lepas

Salam buat semua, 

Apa khabar semua? Sudah masuk minggu yang baru. Macam mana permulaan hari ni? Nur harap agar semuanya dipermudahkan.

Di sini Nur ingin mengabadikan kenangan sepanjang minggu lepas di dalam blog kesayanganku ini. Minggu yang ternyata sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti. Syukurlah semuanya telah berjalan dengan lancar.





Sabtu (16 Jun 2012) ~ Hari Koperasi

Sempat bergambar bersama 2 orang anak murid Nur yang belajar di Tingkatan 4.  Bukan main lagi mereka bergaya dengan kamera DSLR, kalah kamera cikgu mereka.... Beruntung budak2 zaman sekarang....  :D




Suasana semasa Hari Koperasi. Meriah  sungguh !



Di bawah ialah sebahagian model2 rumah yang direka oleh pelajar Tingkatan 4.



Model rumah 1



Model rumah 2



Model rumah 3



Model rumah 4






Isnin (18 Jun 2012) ~ Bertugas semasa acara akhir Hari Sukan untuk acara lompat jauh. Penat sungguh hari ni dengan keadaan cuaca panas terik dan kering.. Keadaan cuaca yang sangat menduga ini mengakibatkan bibirku kering dan terkoyak. 





Khamis (21 Jun 2012) ~ Mesyuarat Post Mortem PMR 2012






Jumaat (22 Jun 2012) ~ Sebelum ke padang untuk bertugas sebagai pencatat keputusan dalam acara akhir merejam lembing.







Bersama rakan2 sejawat di padang untuk acara merejam lembing. Acara akhir ini bermula sejak jam 3.00 petang dan habis lewat iaitu lebih kurang jam 6.00 petang (untuk 4 kategori).





Cuaca bertukar mendung pada lewat petang dan disusuli dengan hujan renyai sebaik sahaja Nur dalam perjalanan pulang ke rumah.





Credit picture HERE

Sabtu (23 Jun 2012) ~ Hari Terbuka. Syukurlah sambutan amat menggalakkan. Sempat bertemu 32 orang ibu bapa untuk membincangkan permasalahan anak2 masing2. 

Sesi perjumpaan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang (tanpa rehat). Mujurlah Nur sempat mengalas perut dengan bekalan roti dan air kotak.


p/s : Khamis nanti bakal menyusul hari sukan dan kemudian Mesyuarat Post Mortem SPM 2012.



4 comments:

  1. salam,
    suka kkida tengok gambar2 nur ni...nur cikgu ye...ngajar kat mana?
    sorry kkida ni memang suka nyibuk...hehe...:)

    ReplyDelete
  2. Hujung minggu yang sibuk. :-)

    ReplyDelete
  3. salam kenal...saya follow blog ni...:)

    p/s: kkida pun ada kat sini...hehe

    ReplyDelete
  4. ohhh tu dia nampak dah wajah cikgu nur hihi..mana ada tuanya? nampak muda je pon haa..


    cikgu baju merah tu nama dia zarina eh kalau x silap..cikgu tudung putih tu sudah lupa nama dia hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...