Sila klik link bawah...

Monday, June 18

Hari Koperasi Sekolah

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Hari Sabtu lepas telah berlangsungnya Hari Koperasi di sekolah Nur. Tak sempat nak buat entri panjang.. Sneak peak untuk Hari Koperasi sekolahku yang cukup meriah.. Nanti bila ada masa, Nur selitkan lagi gamabr2 yang ada dalam simpanan.

Jom tengok apa yang pelajar2 Nur jual semasa hari tersebut.


Sebahagian barang jualan yang dibuat sendiri oleh pelajar.



Magic ice-cream.



Hotdog dan bihun goreng.



Kek coklat dan kek batik.



Cupcakes


Marshmallow dan bahulu Sarawak.



Ini ialah hadiah kek daripada anak muridku.. 
Sepotong kek coklat dari Najwa (Pelajar Tingkatan 4).. 
Ibunya turut datang untuk memberi sokongan moral pada beliau dan yang istimewa tentang kek coklat ini, ibunya memberitahu Nur yang kek ini dibuat sendiri oleh anaknya. 
Memang sedap sangat.. Najwa lagi pandai membuat kek dari cikgunya..


p/s : Mode : Keletihan selepas bertugas dalam acara akhir lompat jauh. Sememangnya cuaca amat menduga. Ternyata panas yang luar biasa dan kering menyebabkan bibirku pecah2 dan terkoyak.. Masih perlu menyiapkan "Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR" untuk subjek Sains yang perlu dihantar esok. Nur perlu menggabungkan kesemua data dari guru2 kelas yang mengajar Tingkatan 3.

"Ya Allah berilah daku kekuatan untuk menyiapkan semua tugasanku ini.."

Ok.. Tak sempat nak blogwalking.. Terima kasih pada yang sudi meninggalkan komen.
Jumpa lagi semua.

Selamat malam semua.. :)




4 comments:

  1. semua makanan nampak sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur : Betul tu.. rambang mata.. tak tahu nak beli yang mana. :)

      Delete
  2. Wah banyak barangan yang menarik dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin @ AkuBiomed : Memang meriah.. Mujurlah semua jualan laku.. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...