Sila klik link bawah...

Thursday, June 14

Terapi Stress

Salam buat semua,

Pertama sekali, terima kasih tidak terhingga buat rakan2 blogger yang memberikan ucapan tahniah pada entri 2 hari lepas. Terharu sangat dan sokongan kalianlah yang memberi kekuatan pada Nur untuk teruskan menulis dan berkongsi sehingga ke hari ni.

Semalam merupakan tarikh akhir untuk Nur dan rakan2 guru mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun pelajar2 di dalam Sistem Analisis Peperiksaan. Dari sejak sebelum cuti sekolah, Nur dan rakan2 berusaha keras dan bersengkang mata menanda kertas jawapan.. Nur perlu menanda transkrip untuk 5 kelas.. Boleh tahan banyak juga sebab kedua2 subjek itu ialah subjek teras iaitu Matematik dan Sains. Lega rasa hati bila semuanya dah selesai dan hanya perlu analisis item dan persediaan untuk Post Mortem minggu depan.

Sengaja letak tajuk "Terapi stress" ialah makan dan shopping...




Selesai key-in markah terus ke kantin. Menu semalam laksa penang.. Perghhh sedap betul.. Memang lama dah tak makan laksa.



Balik dari rumah, singgah pula di Pasaraya SAKAN yang baru membuka cawangan di Skudai.



Ada promosi besar-besaran sempena pembukaan..
Apa lagi... "shopping time"
Murah2 barang di sini sesuai dengan slogannya.. "INGAT MURAH, INGAT SAKAN"



Di hadapan Pasaraya SAKAN pula ialah Pasaraya SONGMART.. Senang Nur nak membeli barang2 dapur lepas ni.. 



Walktu malam pula.. makan jeruk buah mangga yang dibeli dengan rakan di sek.



Ralit benar bila makan ni..
Tambah2 lagi makan sambil tengok tv..

(Maaflah jika ada yang berpuasa sunat hari ni..)



Lepas tu capai coklat Bounty yang beli di Mekah tempoh hari.



Ini rupanya.. ada 2 bar kecil coklat di dalam bungkusan ini.


Coklat ini berinti kelapa... 

Jemput makan semua...


Ok jam dah menunjukkan jam 6.28 am. Nur nak siap2 ke sekolah... Jumpa lagi ye..
Wassalam.





7 comments:

  1. taahniah 4th blogesary. wahhh dah lama jugak tu kan.. err yang umur tu 28 tahun saja gurau ngan kak nor secubitgaram. hehe.. umur sebenar tahun ni insyaAllah 32.. canner sapa lebih muda ni. hehhe.. memang terapi betul tu nengokkan coklat tu...nyum nyummm :-)

    ReplyDelete
  2. la gitu ke kekdahnya tangani stress!.. huhuhu salm kenal n dah follow u ye dik!

    ReplyDelete
  3. Nur... kakak tak tahu pun dah buka di Skudai. Heee... dah teringin jugalah kakak nak tengok. Tak beli pun nak juga tahu apa ada di dalamnya.

    ReplyDelete
  4. adoiii sedap2 nya... takleh tahan tengok jeruk mangga tu.. terasa2 kat mulut... ehheh

    ReplyDelete
  5. Macam-macam dibeli. Saya juga suka membawa famili bershopping di Sakan kerana harganya murah.

    p/s: Terima kasih pemberian cenderahati sudah selamat sampai.

    ReplyDelete
  6. salam rindu nur..alahai terlambat sudaa akak sampai..hepi aniversari ye utk blog nur nih..tahniah! pepun cekelat bounty tu nmpak sodap..hehe!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...