Kredit buat SuperMeknik
(Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/SuperMeknik?feature=watch )
Sedikit petikan dari tazkirah Prof Dr Muhaya :
Bagaimana cara yang berkesan untuk kita pujuk insan yang sentiasa dirundung permasalahan agar dia dapat merapatkan hubungan dengan Allah sambil berusaha mencari ilmu?
1. Sebelum kita beri nasihat, kita mesti
sayang dia dan dia mesti sayang kita. Kita hendaklah baik dengan semua orang dan
akhlak kita kenalah baik.
2. Perbetulkan diri dahulu, beri contoh
yang baik dan buat apa yang kita cakap.
3. Beri banyak pujian dan penghargaan, bukan kritikan.
Bagaimana kita nak tukar perspektif dan pandangan persoalan kita?
3. Beri banyak pujian dan penghargaan, bukan kritikan.
Bagaimana kita nak tukar perspektif dan pandangan persoalan kita?
- Bayangkan kita semua pakai cermin mata, banyak cermin mata kita fokus tengok jauh, tetapi tak fokus tengok dalam.
- Hari ini kita nak ubah hari ini, kita nak fokus tengok dalam, tak nampak dekat luar.
- Maksudnya bukan dari segi fizikal, tapi mata hati kita lebih memandang ke dalam.
- Cuba hari ini kita tukar sms atau soalan kita ke arah bagaimana kita nak membetulkan diri kita.
- Bila kita nak puji hendaklah kita puji orang, bukan puji diri kita.
- Kebanyakan manusia, dia sibuk memuji diri sendiri, tetapi mencari masalah orang.
- Apa yang kita perlu ubah ialah mencari masalah kita, mengambil tanggungjawab dan membetulkan diri kita, barulah melihat kebaikan orang.
Semoga tazkirah dari Prof Dr Muhaya ini dapat memberi manfaat untuk sesiapa yang mendengarnya.
cara nak nasihati orang dengan baik adalah dengan memperbaiki kelemahan diri dulu kan kak.. barulah orang respect :)
ReplyDeletebetul tu, kena cermin diri sendiri dulu, tapi Nur ada ciri-ciri pekerti yang baik, Alhamdulillah...
ReplyDeletesetuju dgn entry nie...
ReplyDeletemuhasabah diri...jom sama2lah kita ya!!!
ReplyDeleten3 yg baik..sentiasa muhasabah diri sblm melihat kesalahan orng lain..
ReplyDeletebetul nur...
ReplyDeletesentiasa memperbaiki diri dan bermuhasabah untuk meningkatkan kualiti diri..mekasih kerana ingat mengingatkan..