Sila klik link bawah...

Wednesday, August 8

Ingat Mati


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat."- ( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."-(Surah al-A'raf ayat 34)


"Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada."- (Surah an-Nahl ayat 61)

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."- (Surah an-Nisaa' ayat 78)

Sumber ini dipetik daripada Portal Rasmi JAKIM
URL : http://www.islam.gov.my/e-jenazah/ingat-mati

Untuk rujukan rakan2 semua, sila klik ke LAMAN e-JENAZAH JAKIM

Berikut adalah artikel2 yang bagus untuk dibaca :

[SUMBER : http://anizyn.blogspot.com ]


p/s : Ingatan ini adalah untuk diriku jua..



6 comments:

  1. Semoga mati kita di dlm iman. Amin ya Rab..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..
    semoga sentiasa mengingati Nya

    ReplyDelete
  3. Semalam sepupu abang kematian anak sulungnya yang bujang. Pergi kerja kena langgar kerea mitsubishi yg dipandu budak sekolah. Ada masuk Metro dan Malaysiakini paper.

    Itulah kena ingat sebab kematian tidak kita ketahui bila ia akan dtg.

    ReplyDelete
  4. tq ingat mengingatkan sesama kita

    ReplyDelete
  5. Bapa saudara baru sahaja meninggal pada hari Isnin baru ini kira-kira 1 jam sebelum waktu berbuka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...