Salam buat semua,
Setelah sekian lama gambar2 ini berada dalam draf, hari ni Nur paparkan untuk dikongsi dengan rakan2. Semasa Nur mengerjakan umrah tempoh hari, kami sempat menziarah sebuah masjid bersejarah di Kota Madinah iaitu Masjid Quba'.
Inilah Masjid Quba' Gambar dirakam ketika di dalam bas)
Landskap di hadapan Masjid Quba'.
Keindahan seni Islam sangat terserlah pada rekabentuk masjid ini.
Antara gambar yang sempat Nur rakamkan dengan lensa kamera.
Tempat sembahyang bagi jemaah perempuan.
Pemandangan indah di sekitar perkarangan Masjid Quba'
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” - (HR Ibnu Majah).
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata :
“Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.
Sumber : Blog Ustaz Abu Nuha
>>> Sila klik link berikut, untuk mengetahu keistimewaan Spiritual Masjid Quba
Masjid pertama yang dibina
dalam sejarah Islam berasaskan Taqwa dan Iman yang padu. Dalam satu riwayat yang
sahih Rasulullah selalu ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari sabtu samaada dengan
menaiki unta ataupun berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah pergi pada hari Isnin
dan Khamis. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwudhu
dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi pahala
seperti menunaikan Umrah.”
LOKASI MASJID QUBA’
Masjid ini terlatak diperkampungan Quba kira-kira 3KM dari arah selatan Bandar Madinah. Nama Quba di ambil nama dari sebuah telaga yang berada ditempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 meter persegi.
SEJARAH PEMBINAAN QUBA
Ketika Rasulullah tiba diperkampungan Quba dalam perjalanan Hijrah dari Makkah ke Madinah, Baginda tinggal disana empat hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al-Hadm. Pada hari pertama itulah baginda terus membina Masjid Quba yang menjadi masjid pertama dibina dalam sejarah umat ini. Tempat solat Rasulullah. Mihrab yang ada sekarang bukanlah tempat solat Rasulullah. Menurut ahli sejarah As Samhudi dan Ibnu Abi Laila, tempat solat Rasulullah terletak dibahagian timur tiang yang rosak dan barisan tiang baru telah diletakkan berhampiran Mihrab itu.
Sumber : Blog HakimAshabulkahfi
Nur ingin kongsikan gambar keunikan ruang solat Masjid Quba' di dalam blog lain, sila klik di SINI [ Kredit buat Saudara Syahril Kadir ]
Semoga perkongsian hari ini, sedikit sebanyak dapat memberi sedikit ilmu buat rakan2 semua.
Sekian, Salam Ramadhan buat semua.
alhamdulillah selamat dah sampai ke sana
ReplyDeletealhamdulillah ~
ReplyDeletebestnya Nur dh dpt jejak kaki ke sana :))
ReplyDelete