Sila klik link bawah...

Friday, September 7

Entri Lauk Pauk Raya..


Lauk pauk di pagi Hari Raya Pertama.
 
 
Nur masak nasi ayam pada Hari Raya kedua.

Ayam goreng berempah.
 


Ayam berempah ni Nur masak pada Hari Raya kedua bersama nasi ayam. Lupa pula nak ambil gambar nasi ayam yang dah siap dimasak..:)

 
Comel benar adik Balkish..
(maaf ye kualiti gambar tidak memuaskan.. ambil dengan kamera hp)

 
Menyambil juga menonton drama menarik di TV3 bertajuk "Nur Ramadan". Drama ini ditayangkan pada pagi hari raya kedua. Tentu ramai yang tak sempat menonton. Menarik sungguh jalan ceritanya.. nak tahu.. Google lah ye... Cari juga di Youtube, tapi takde la.. :(

Lakonan Fauzi Nawawi dan adik Puteri Balksih sangat berkesan dan serasi..
 


Salam buat semua.
Ni entri dah basi.. Baru nak tayang menu di hari raya. Entah kenapa tiba2 hari ni teringatkan juadah raya tempoh hari.. Perut tengah berkeroncong ni minta diisi... Bila edit gambar2 di atas, diri sendiri merasa terliur dengan juadah2 tu.. Nur cadang nak masak hujung minggu ni, kebetulan bonda dan abah nak datang rumah kerana ada appointment dengan doktor pakar di JB. Ingat nak masak juadah raya tu lagi untuk makan2 sesama ahli keluarga.
 
Esok sekolah ganti dan lepas sekolah esok Nur ada 2 jemputan open house rumah rakan sejawat.

Hmmm tak sabar nak tunggu weekend...

Jumpa lagi ye semua. Selamat berhujung minggu.

 

4 comments:

  1. Salam kak, alaaaa kita tak sempat nk ambik gmbr mkn2 masa raya sbb pening tgk meja penuh dgn lauk org hantar sampaikn lauk sendirik dah tak kenal hihihi.... Nmpk menu nasik ayam esok buat lerr :D

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya akak!

    tahniah! anda salah seorang pemenang GA blog ciktom; http://www.ciktom.com/senarai-pemenang-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/

    ReplyDelete
  3. QH sama mcm ijayuji jugak..xsempat nk amik gambr mknan masa raya haritu..lupa pon ye jugak...QH tgk cerita Nur Ramadhan tu...sedih tau citenye..sob sob..

    ReplyDelete
  4. Pelbagai lauk disediakan. Biasanya hari ke 2 akan cari nasi. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...