Sila klik link bawah...

Saturday, October 6

Pemilik Sandal Cute dan Majlis Solat Hajat Perdana

 
Salam buat semua,
Rakan masih ingat lagi entri kasut cute ini...


 
Inilah pemilik kasut cute tu.. Akhyar.. anak kepada rakan sejawat Nur, Ika.
 

 
Buat muka terkejut bila gambar dirakam..
 

 
Akhyar datang bersama ibunya semasa berlangsung Majlis Solat Hajat Perdana anjuran sekolah Nur pada hari Khamis yang lepas (4 Oktober 2012). Di belakangnya tu juga anak kepada rakan Nur juga, Humaira namanya. Mereka berdua bermain bersama sementara ibunya bertugas di bahagian pendaftaran pelajar.

 
"Alamak! Saya lupa pakai kasut la... Saya nak kasut macam Akhyar...:) "
 

 
Berpeluh2 Akhyar... Mana taknya, asyik berlari dan berkejar2 dengan Humaira.. Mereka berdua sangat pandai berposing bila dihalakan kamera.. Agaknya mereka kata dalam hati, auntie takde kerja lain ke.. asyik ambil gambar kami je... Nur bertugas sebagai AJK Fotografi pada malam tu.
 
 
Syukur Alhamdulillah kehadiran dari kalangan ibu bapa dan pelajar2 pada Majlis Solat Hajat Perdana pelajar PMR dan SPM tahun ini amat menggalakkan.
 
Semoga semua calon PMR dan SPM di seluruh Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi dapat menjawab dengan baik dan memperoleh kejayaan cemerlang. Amin.
 
Sekian, wassalam.
 
 
 

5 comments:

  1. Amiin..semoga semua pelajar dapat menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang,
    comlenya pemilik kasut tu..sedondon kasut dan baju

    ReplyDelete
  2. Rupa si cilik yang memiliki kasut kuning yang bersunggut. :-)

    ReplyDelete
  3. Pandai betul budak2 ni berlakon buat muka terkejut...hikhikhik...cute!

    ReplyDelete
  4. amin amin amin.semoga tenang menjawab peperiksaan nantikan..kawan2 nurul ada juga anak2 yang mengambil peksa tuh..

    akhyar sangat cumil2 kasutnya=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...