Sila klik link bawah...

Wednesday, January 16

Potret Anak Buahku

 
Ini anak sulung abang Nur yang ketiga.. Namanya Humaira (5 tahun).
Tahun ni Humaira mula menjejakkan kaki ke sekolah tadika. Comel benar dia bila mengenakan uniform tadika.. Gambar ini diambil pada hari pertama persekolahan.
 

Ini pula adik Humaira, Huda (3 tahun).
Sangat teruja bila diajak berenang, tak nak naik walaupun jari jemari dah kecut kerana berendam berlalu lama dalam air.

 
 
Ini pula anak adik Nur, Nazmin (5 tahun) dan abangnya, Nabil (6 tahun). Nazmin sebaya dengan Humaira dan baru tahun ni bersekolah tadika. Abangnya Nabil juga bersekolah di tadika yang sama, jadi bolehlah dia tengok-tengok adiknya.
 
 
 
Ini pula adik pada Nazmin dan Nabil, Aira (2 bulan). Rambut masih belum tumbuh selepas dicukur. Matanya bulat dan badannya semangat.. Aira menyusu badan.
 
 
Ini pula anak bongsu abang kedua Nur, Auni (4 bulan). Auni menyusu badan sepenuhnya memandangkan kakak ipar dah jadi fulltime housewife. Badannya tegap dan nak belajar meniarap..
 
 
 p/s : Masa berlalu begitu pantas.. Sekejap je anak-anak saudaraku dah membesar dan bersekolah tadika. Belajar rajin-rajin ye... Jangan nakal-nakal tau...

7 comments:

  1. Wah comel-comel anak buah Nur. :-)

    ReplyDelete
  2. Comel..
    Anak Buah Akak pun Nama humyra juga

    ReplyDelete
  3. comel-comelnye anak buah awak... anak buah saya baru sorang. huhuhu~

    ReplyDelete
  4. Comel belaka smua kak.....:-)
    Anak2.....muka semua suci belaka.......

    ReplyDelete
  5. Semuanya membuat Nur terasa rindu bila lama tak berjumpa kan..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum nur...yer la comel semuanya...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...