Sila klik link bawah...

Thursday, January 17

Sibuk dengan Aktiviti di Sekolah

Salam buat semua.
Apa khabar rakan2 blogger semua? Nur harap semuanya sihat. Pertama sekali, terima kasih pada rakan2 sudi tinggalkan komen di entri2 Nur. Ada kesempatan nanti Nur akan balas kunjungan ke blog rakan2 ye.. Sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit dengan aktiviti di sekolah. Ada sahaja mesyuarat yang perlu dihadiri dan aktiviti Ko-kurikulum dah pun bermula minggu ni.
 
Petang tadi ada rakan yang menjamu anak2 muridnya yang mendapat gred A dalam subjek BM. Sempat juga Nur menjamah sama kek red velvet.. Tak pernah makan pun dan ini merupakan kali pertama. Sedap juga kek ni.. Decorationnya pun cantik. Nur dan 3 orang lagi rakan bertugas mengendalikan mesyuarat agung Kelab Catur. Kalau nak ikutkan, kami pun bukannya pandai sangat bermain catur, hanya sekadar membantu dan memantau sahaja. Mujurlah ada ramai anak murid yang mahir dan boleh memberi tunjuk ajar pada rakan2 mereka.
 
Hari Sabtu ni kami sekali lagi akan berada di sekolah untuk perjumpaan untuk Kelab dan Persatuan bukan akademik. Sabtu minggu lepas berlangsungnya Hari Terbuka sekolah. Sebaik sahaja selesai bertugas semasa Hari Terbuka, Nur bergegas untuk pulang ke kampung kerana perlu menghantar bonda dan abah ke kampung selepas menghadiri temujanji di HSA hari Selasa lepas. Kiranya memang padat jadual sejak bermulanya sesi persekolahan ni.

Oklah semua. Malam ni kena bersengkang mata nak menanda buku2 kerja pelajar yang dah menggunung. In Shaa Allah ada kelapangan nanti Nur akan update cerita2 terkini.

Selamat malam semua..


 
Inilah kek yang dibeli oleh rakan Nur untuk anak2 muridnya yang berjaya dalam PMR 2012.
 
 
 
Siapa pandai main catur?
 
 
 
Tekun betul mereka...
 
 
 
Aktiviti ko-kurikulum petang tadi..
 
 
Inilah buku2 anak murid yang perlu ditanda malam ni..
Ini baru buku2 anak murid daripada 2 kelas. Jumlah kelas tahun ni 5 kelas.
 
p/s : Ada ke sesiapa yang nak tolong... ??  :)
 
 

12 comments:

  1. dah siap bertanda tadi.. huhu.. tak penah bwa balik kerja sekolah kecuali kerja2 pengkeranian je.. huhu...RPH lagi la tak bwa balik.. sbb buat pnt je.. sbb tak dan nak wat.. huhu... tnda, jgn tak tanda... :)

    ReplyDelete
  2. Baiknya cikgu merayai kejayaan anak muridnya.

    ReplyDelete
  3. time sibuk teramat skarang ni kan... slamat menanda, akak pula sambil online APDM sambil berBW ni

    tension ngadap APDM yg slow tu

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ni cuma Akak je yg x pandai main catur.

    ReplyDelete
  5. betul2 tabik spring pada semua cikgu2 !

    ReplyDelete
  6. oh my kak nur, dat red velvet really is a beauty.
    she's a really good baker. ^__^
    sama lah kak nur, kita pun skg bz manjang.
    rasa xcukup sehari 24hrs tu.
    Ye lah, keje office lagi...keje rumah lagi... pengsan!
    pe pun wish you all da best ye sis.

    ReplyDelete
  7. Baru mula sekolah kakak faham sangat betapa sibuknya cikgu sekarang. Tengok anak kakak pun kakak nampak. Kalau dah anak murid sibuk apa lagi cikgu mereka.

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Nur..
    Mmg saya faham..buka sekolah ni cikgu cikgi busy..:)
    Adik saya tu, penuh dgn meeting aja..

    Saya suka main chess :)
    Red velvet cake ni saya muak makan...hahaha..sebab Fiza mmg selalu buat bila org order

    ReplyDelete
  9. cheq sue pun dah mula rasa sibuknya. selalu 2 kelas aja mengajar, tahun ni dapat 5 kelas, tengah nak sesuaikan diri...rasa macam di awang-awangan aje lagi :)

    ReplyDelete
  10. saya ngajar kat sarawak..murid x ramai mana..tp tetap sakit pala...mcm mana la kalo dah kelas banyak mcm tu yea...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...