Sila klik link bawah...

Friday, June 21

ABC Special dan Lamb Chop Sedap di JB

 
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 blogger semua? Nur harap semuanya sihat. Lama benar ku tidak menaip entri.. Biasalah mood mengarang pun ada pasang surutnya.. Pagi tadi berlangsungnya hari terbuka di sekolah. Syukur Alhamdulillah seramai 20 orang ibu bapa daripada 35 orang pelajar dalam kelasku telah meluangkan masa menghadirkan untuk melihat perkembangan anak masing-masing. Pertemuan dengan guru tingkatan dan guru subjek amat penting agar semua ibu bapa dapat berbincang permasalahan anak2 mereka sewaktu di sekolah. Setidak-tidaknya guru tingkatan berpeluang memberi komen positif untuk anak2 masing2.
 
Kebiasaannya anak2 zaman sekarang ini mudah terleka dan sering kali perlu dipantau dari semua segi terutama hal2 melibatkan pembelajaran seperti menyiapkan kerja2 sekolah atau kerja kursus dan kehadiran ke sekolah. Terima kasih buat semua ibu bapa yang sangat prihatin. Memang tak dinafikan ada segelintir ibu bapa sangat prihatin dan bertanya semua perkara mengenai anak mereka tanpa sempat diriku berkata apa2. Mereka ingin melihat kehadiran anak2 mereka ke sekolah dan begitu positif dari segi percakapan dan meningatkan daku selaku guru tingkatan agar memaklumkan segera jika anak mereka mempunyai masalah disiplin. 
 
Rasanya itu sahaja coretan untuk hari ni. Moga bertemu di lain entri. Terima kasih pada rakan2 yang sudi meninggalkan komen dan singgah membaca entri ini. Esok masih perlu ke sekolah untuk aktiviti Hari Koperasi. Selamat malam semua...
 
 
 
Gambar2 di bawah ni untuk santapan mata rakan2 semua.. Gambar ni dah lama ambil... tapi belum sempat tayang diblog.. Hmmm bilalah agaknya nak menikmati ABC special dan Lamb chop ni..
 
Lokasi tempat makan ni ialah di Medan Selera bersebelahan Balai Bomba Larkin (sederet dengan gerai yang menjual kacang pool Haji yang famous di JB)
 
 
Lamb chop kegemaranku..
 
 
ABC special.. Memang puas makan...
 
 

Lamb chop.. Gambar dari jarak dekat..

 
Hmm.. ada yang terliur ke...??
 

 

 


 
 Ini pula chicken chop..
 


Inilah nama gerai tu... Kalau anda datang ke JB, singgah ke gerai ni ye..
Untuk makluman, entri ini tidak berbayar pun.. :)



Updated :
Mode : Happy sebab ada 3 BE tengah menari-nari di blog ni setelah sekian lama tak muncul.
TQ Nuffnang...

 
 

21 comments:

  1. Salam Cikgu Nur..
    Harap tak terkesan sgt sebab jerebu...

    Ohh...boleh la saya try..
    Sebab selalu saya ke situ, hanya gi makan kacang pol tu je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad : Wslm.. So far, masih boleh bertahan. Kami semua dah guna mask di sek.. Cubalah makan kat sini. Nanti boleh komen ye.. Tq for your concern.

      Delete
  2. santapan mata ni mmng menggoda betul..

    ReplyDelete
  3. Tak berani cuba kalau kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : La.. saudara tak makan daging kambing ye.. Takpe boleh pilih menu lain..

      Delete
  4. Nur nnt akk nk terjah gerai tu sblm bersalin..nmpk myelerakn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zila : Semoga Kak Zila selamat melahirkan.. Pegi kak, takut nanti ngences baby akak..;)

      Delete
  5. sedapnya nmpak..kacang pool pun tk pernah mkn lg sejak duk johor ni..klu ada kesana boleh la try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sutera Syifa : La.. kena cuba. Kalau tak, tak tahu kesedapannya.. :)

      Delete
  6. Kakak ingat kalau free malam ini nak pergi situlah Nur. Minggu lepas kakak dinner dgn kawan-kawan abang lalu teringin nak berhenti tapi tak jadilah sebab dah tentu nak pergi dinner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Wah akak terus nak pergi ye.. Nanti komen di blog tau.. Harap lepas ni kita boleh pergi makan sama2.. :)

      Delete
  7. okehhhh...ada port baru dah nak me lambchop! thanks for the entry ye!

    ReplyDelete
  8. assalam Nur
    terliur tgk ABC ,panas2 ni sedap kan he heee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ABC time panas-panas macam ni. Huhuhu.

    ReplyDelete
  10. x penah tau ada jual lamb chop kt situ..ABC dia sedap x?

    ReplyDelete
  11. Salam Nur...apa khabar? Lamanya akak tak jengah ke sini. Seribu kemaafan akak pohon. Bukannya apa...selalunya masuk sini mesti tak dapat nak baca entry. Selalunya loading tak habis. Kalau bernasib baik...dapat abca, tapi nak send komen pula sangkut. Harap2 lepas nie bebaslah akak masuk sini.

    Oh, teringin nak ke situ. Nak makan kacang phool tu dan now boleh makan lamb chop nie pula.

    ReplyDelete
  12. tersentap tgk menu2 yg sedap tu kak..sedap2 semuanya..blk klg nti leh la ke jhr kejap..xthn tgk kena try juga nti..hehe

    ReplyDelete
  13. sedap...sedap...
    klu kakak ..apb dah kekenyangan n trlebih muatan...
    esoknya puasa...

    ReplyDelete
  14. saya kalau order ABC...tak nak letak kekacang semua tu. ayah kata tu bukan ABC...tu AB je..hihi..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum nur...tak pernah pergi pun ada masa nak juga try...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...