Berbagai ungkapan untuk masa. Masa itu emas. Masa itu laksana pedang. Masa itu kehidupan. Masa itu jangka hayat atau umur... dan berbagai lagi. Masa sentiasa berlalu dan setiap yang berlalu itu tidak boleh ditarik balik atau berundur semula. Berlalu masa bertambahlah umur dan dekatlah ke penghujungnya, kerana setiap kehidupan telah ditetapkan tempohnya..hanya Allah yang tahu tempoh itu!!.
Maka tempoh yang diberi itu, gunakanlah dan hargailah sebaik mungkin supaya masa itu menjadi emas kerana emas adalah logam yang sangat berharga dan jangan biarkan masa itu menjadi pedang kerana pedang akan memancung sesiapa yang alpa.
Maka tempoh yang diberi itu, gunakanlah dan hargailah sebaik mungkin supaya masa itu menjadi emas kerana emas adalah logam yang sangat berharga dan jangan biarkan masa itu menjadi pedang kerana pedang akan memancung sesiapa yang alpa.
Usia remaja tidak akan berulang untuk kali kedua. Begitulah peluang-peluang yang ada, tidak berulang lagi, kalau berulang pun kesempatan melangkah seterusnya telah menjadi lambat...
Namun apa jua keadaan ingat pesan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masa bermaksud:
"Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin, masa sehat sebelum sakit, masa hidup sebelum mati."
Oleh itu, lakukan perkara-perkara yang berfaedah dan aturkanlah kehidupan dengan bijak. Semua orang mendapat masa sama banyak, baik si kaya atau si miskin. Hanya cara mengurus masa sahaja yang berbeza. Belajarlah dari orang yang berjaya menguruskan masa. Berjaya menguruskan masa bermakna telah berjaya memiliki kehidupan berkualiti.
Sumber ini dipetik dari blog : http://aleasmktd08.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D