Sila klik link bawah...

Thursday, February 25

Berakhirnya acara akhir sukan...

Salam buat semua..

Salam Maulidur Rasul buat semua teman2... Sekejap je masa berlalu... Dah habis minggu ke-8 persekolahan...

Minggu ni, Nur bersama teman2 guru cukup sibuk. Memandangkan Kejohanan Sukan yang akan berlangsung pada 3 Mac nanti, maka minggu ini merupakan hari di mana acara akhir sebelum sukan berlangsung. Acara akhir berlangsung selama 3 hari berturut2. Untuk melancarkan perjalanan aktiviti sukan ni, Nur & kawan2 turun padang untuk menggalas tugas yang telah diagihkan oleh Setiausaha Sukan.

Acara akhir sebelum sukan bermula pada hari Isnin (22/2/2010). Acara berjalan lancar dengan cuaca yg agak redup. Acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi dan rejam lembing. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami dikejutkan dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.. Pelajar & guru di padang B habis lencun kerana tidak sempat untuk berteduh.

Hari kedua dan ketiga (iaitu melibatkan acara lari) telah berjalan lancar, namun cuaca panas terik begitu menduga guru2 yang terpaksa berdiri untuk bertugas di garisan penamat. Bermula jam 3 petang hingga 6.00 petang, kesemua acara lari berakhir dengan rumah Kuning mencatatkan kejayaan yang agak membanggakan terutama daripada kuartet B13 & 15. Pasukan PBSM & St John tak menang tangan sebab ramai juga pelari yang pengsan selepas tiba di garisan penamat....



Wakil acara rejam lembing rumah Kuning..


Gaya Caleb ketika acara lompat tinggi pada hari pertama acara akhir (Isnin).

Caleb dengan pingat peraknya...
Aik.. cikgu main ujan ke..??


Lariiiiii..... ujannnn....


Pemenang pingat emas & perak bagi acara lempar cakera.. rumah Kuning sapu bersih..
(Lencun gara2 hujan lebat selepas habis acara...)


Aksi terbang pemenang pingat emas acara lompat jauh LB18 (Rumah Biru)..



Gaya anak murid Nur... 3 dara pingitan yang suka berposing... :)


Pelari2 rumah Kuning (Izha, Caleb, Haikal & Haridas...) yang menggondol emas dalam acara 4x400m.
Izha tengah kumpul 'energy' nak kalahkan rumah Biru...


Gaya seorang juara...
"Well done Izha!! I know you can do it....
Cikgu peminat setia awak.... hehe"

Penyumbang2 pingat untuk rumah Kuning.. Peserta lelaki B13, 15 & 18.
(Comel2kan mereka..hehe)
Nur & teman2 yg bertugas di garisan penamat... Hakim ramai guru Rumah Kuning.. Kak Sapiah, Kak Halizah & Kak Zarina satu team dengan Nur..
(Tabik pada kawan2 masih mampu mengukir senyuman.. walaupun terpaksa bertugas
di tengah padang dari jam 3 hingga 6 petang.. )


My school...

Nice view...

Cantiknya awan...


Pengsan lagiiii.. Ayoooo tak kuat nak angkat laaaaaaa...

Betapa teriknya mentari di hari terakhir...
Kami berdiri hampir 3 jam semasa bertugas di garisan penamat.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



Jeng jejenggg... tara... Nur sempat jugak berposing di tengah padang.. hehe..

Jangan marah arr...


2 comments:

  1. salam maulid nabi nur.

    seronoknya tengok gambar2 hari sukan kat sek nur tu. kakchik memang suka bersukan. dulu masa kat sek men kakchik pun rumah kuning, kami panggil rumah rahman. nostalgianya tengok acara2 sukan tu sebab dulu banyak juga yang kakchik masuk dan ada juga yang menang pingat.

    amboi bergaya sungguh cikgu pakai baju belang2 tu.

    ReplyDelete
  2. Wslm Kak Chik... Segan la plak org kata kita bergaya tgh padang.. Tak kena tempat pula hehe..

    Seronok sangat kak.. Terutama kalau pelajar rumah sukan kita menang pingat.. Cikgu dia yg excited lebih.. :)

    Wahh.. Kak Chik ni atlet sek rupanya... Nur cuma masuk acara lontar2 je.. Lari2 tak masuk..cepat pancit..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...