Sila klik link bawah...

Friday, November 26

Makan-makan di Secret Recipe

Salam buat semua..
Hari ni aktiviti Nur cukup padat. Macam-macam perkara yang perlu dibereskan. Walaupun sekarang ni ialah waktu cuti sekolah tapi Nur dan rakan-rakan masih menerima tugasan baru yang perlu kami bereskan dalam tempoh seminggu. 6 Disember nanti Nur dan seorang lagi rakan perlu menyiapkan kertas kerja dan bersiap sedia untuk sesi pembentangan bagi satu pertandingan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Nur nak mengambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat teman Nur, Kak Azharni kerana sudi belanja Nur makan tengah hari tadi di Secret Recipe. Kami juga ditemani dengan Kak Rasuna turut sama makan tengah hari bersama kami. Seronok sesekali dapat makan bersama teman sekerja di luar. Kalau hari sekolah, masing-masing sibuk dengan kerja. Tak sempat nak beramah mesra.


Inilah menu makan tengah hari kami...............

Mushroom soup


Ice lemon tea


Nur dan Kak Azharni order lasagne chicken & beef.

Kak Rasuna order tomyam


<

Nur bawa balik 2 potong kek.



1. Pecan Butterscotch



2. Chocolate Indulgence



8 comments:

  1. salam nur...
    wahhh... yummy
    suka makan cake SR..
    superb.. i love choc mud n yogurt cheese cake

    ReplyDelete
  2. I love most of the cakes at SR...but very mahal lee....

    ReplyDelete
  3. salam.moga nur berjaya dalam pertandingan tsb.Amin
    Wah , blog dah berwajah baru dan lebih ceria. tahniah..

    ReplyDelete
  4. tak leh tahan tenguk kek pecan ..salah satu kesukaan akak..
    tq sudi bagi komen pasal akak kena kutuk tu..apa nak buat dah nasib badan..sabar ajerlah

    ReplyDelete
  5. Buat Cik Mieyrarif & dya adriza,
    Maaf le sebab buat kalian terliur.. :)

    Buat Kak Nur Misnan,
    Wslm kak.. Boleh dikatakan semua kek dia Nur suka.. terutama sekali cheesecake.

    Buat Kak UmmiRosma,
    Memang mahal sikit kak.. tapi kalau akak yg terror masak tentu boleh selalu buat kek kan.. Nur ni tukang beli je.. :D

    ReplyDelete
  6. Buat Kak Sal,
    Wslm kak.. Terima kasih kak.. selalu datang singgah blog Nur. Suka tukar template, Nur mudah jemu..

    Buat Kak Ina KL,
    Sedapkan kak.. Sama2 kak. Kak Ina jangan sedih2 lagi ye, ramai lagi yg selalu support akak. Pedulikan orang yg dengki tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...