Sila klik link bawah...

Friday, December 24

Kenangan Terindah Tahun 2010


Kenangan yang paling bermakna dalam kerjayaku kerana dapat memberi penerangan khas kepada Y. Bhg Tuan Pengarah Pelajaran Johor. Tuan Haji Markom Bin Giran di dalam pameran sempena Hari Inovasi JPNJ 2010 pagi tadi (24 Disember 2010) di SM Teknik JB.




Gambar kenangan di tapak pameran.


Salam buat semua,
Syukur Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Hari ni cukup bermakna buat Nur dan syukur pada Ilahi kerana mengurniakan kejayaan buat Nur di Majlis Inovasi JPNJ 2010 sebagai salah seorang penerima Anugerah Inovasi Terbaik JPNJ 2010. Kejayaan ini adalah usaha bersama Nur rakan-rakan sejawatan dari SMKTDS yang turut menghasilkan blog berguna untuk p&p. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang untuk Nur untuk lebih maju dalam kerjaya dan dapat memudahkan semua pihak sama ada kepada murid dan juga rakan guru.

Penghargaan yang diberikan cukup memberi makna walaupun baru setahun membangunkan blog rasmi sekolah dan blog peribadi untuk subjek Sains SPM dan Math SPM. Semoga Allah mengurniakan kekuatan bagi Nur untuk meneruskan perjuangan mendidik pelajar pada tahun-tahun seterusnya.

Kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan terutama suami tersayang, keluarga tercinta dan rakan-rakan sekerja. Nur hadiahkan kejayaan ini untuk kalian yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang dicapai. Alhamdulillah..

Ok semua jumpa lagi di lain entri.
Sekian, wassalam.

4 comments:

  1. tahniah nur..sangat2 bermanfaat untuk dikongsi..bagi laman mate & sains SPM..nak tengok bole..thnks

    ReplyDelete
  2. Buat Kak Sal,
    Terima kasih kak atas ucapan tu.. Syukur Alhamdulillah.. Akak boleh lihat pada link di bahagian tepi blog ini.. Nur ada letakkan.. Terima kasih kak.. Semoga dapat dimanfaatkan oleh guru & pelajar..

    ReplyDelete
  3. Tanniah, biar anugerah yang diterima menjadi pemangkin supaya menjadi lebih baik :-)

    ReplyDelete
  4. Buat akubiomed,
    Terima kasih atas ucapan. Mudah2an Amin.. Semoga kita semua dapat manfaat daripadanya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...