Sila klik link bawah...

Thursday, December 23

Maaf terlalu sibuk...


Credit picture : Google search

Salam buat semua,
Hari ni Nur tak menang tangan... Dari tengah hari tadi asyik berkejar-kejar untuk membuat persiapan untuk pameran Inovasi JPNJ 2010 yang akan diadakan esok. Terima kasih buat suami tersayang kerana telah membawa Nur bercuti untuk kali ke-2 pada bulan ni.. Kali ni kami menghabiskan masa bersama dan pergi memborong kain ela di Tangkak.. Seronok sangat sebab hampir 15 helai baju yang suami tersayang hadiahkan untuk Nur.

"Thanks a lot my dear.. "

Hari ni juga Nur dapat satu lagi berita gembira mengenai keputusan Peperiksaan PMR 2010 yang diumumkan pada pagi tadi. Syukur ke hadrat Ilahi subjek Sains mencatat peningkatan sebanyak 3% berbanding tahun lepas. Berkat usaha gigih rakan-rakan Nur yang mengajar tak kenal jemu di peringkat menengah rendah. Tahniah buat pelajar-pelajar sekolah Nur yang telah mencatat straight A iaitu seramai 24 orang..

Tak sempat nak merakam detik2 gembira sebab Nur baru pulang daripada bercuti. Sampai sahaja di sekolah, ramai yang telah mengambil keputusan PMR mereka. Walaupun tak mengajar di peringkat menengah rendah, tapi kami turut sama berkongsi keterujaan untuk melihat keputusan anak-anak murid yang lain. Pada yang gagal, teruskan usaha anda dan jangan sesekali putus asa.

Esok merupakan hari bersejarah buat Nur dalam kerjaya.. Apa dia??  Tungguuuuuuu.. Jangan risau, Nur akan kongsikan nanti.. Sekarang ni nak rehatkan badan yang letih seharian menyiapkan bahan pameran untuk majlis esok di SM Teknik JB.

Sekian. selamat malam dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

p/s: Nur akan balas kunjungan anda & teman-teman lain sebaik sahaja selesai majlis esok ye... Jangan serik datang ke blog ni.. Gembira melihat bilangan follower yang dah meningkat ke angka 145.. Sudi-sudi memberi komen di blog ni ye..
Credit picture : Google search


5 comments:

  1. tahniah, pencapaian pmr yang banyak meningkat...kak sal tumpang gembira di sini.kerana tempat jatuh lagi dikenang..yelah anak2 kak sal 2 org sek sana yg mendapt asuhan dan sentuhan didikan daripada kelian..sekali lagi tahniah.

    ReplyDelete
  2. Bgsnye. mana-mana sy berjln dr blog ke blog byk kedengran PMR kali ni memberangsangkan. Syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Buat Kak Sal,
    Terima kasih kak. InsyaAllah, jika anak2 didik kita berusaha bersungguh2 pasti kita akan dapat tuai hasilnya..

    Buat Pemerhati Kehidupan Dunia,
    Syukur Alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  4. Wah, tanniah pencapaian straight A nanti boleh share tip nak score didalam peperiksaan nanti :-)

    ReplyDelete
  5. Buat akubiomed,
    Terima kasih atas ucapan. Tentan tips tu, maaf ye sebab Nur mengajar menengah atas..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...