Sila klik link bawah...

Friday, December 17

Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik Tom




Salam buat semua...
Entri kali ni pula bercerita tentang segmen anjuran blogger yang baru Nur kenali di alam siber iaitu Cik Tom.
Gadis manis berumur 24 tahun ni menggelar dirinya sebagai Cik Tom. Namanya pun memang unik dan segala-gala icon dan ayat-ayat yang ada di blog beliau tentu ada berkait dengan tomato.

Segmen anjuran Cik Tom ni adalah bersempena dengan usia blog beliau yang dah masuk 5 bulan. Tahniah buat Cik Tom walaupun usia blog beliau baru 5 bulan, tapi bilangan "follower" Cik Tom dah mencecah angka 1264 orang (setakat hari ni 17 Disember 2010). Memang satu pencapaian yang membanggakan.

Kelebihan yang ada pada gadis manis bernama Cik Tom ini ialah Nur lihat dari segi penguasaan bahasa, olahan entri yang sangat menarik, susun atur blog yang sangat tersusun, kemas dan warna yang sangat menarik perhatian dan mudah mesra. Beliau juga memang pandai mengambil hati pengunjung-pengunjung yang datang ke blognya. Blognya memang ada daya tarikan tersendiri.. Kalau bagi blogger baru yang inginkan tutorial, anda memang sesuai berkunjung ke blog Cik Tom. Tak rugi Nur dapat berkenalan dengan Cik Tom ni, walaupun usianya muda tapi banyak yang Nur belajar daripada beliau.

Satu entry yang paling Nur suka dalam blog Cik Tom ni ialah entri Tuhan Berikanlah Aku Cinta. Entri ini jugalah melayakkan Cik Tom untuk menang The Best Entry With Sinar Raudah. Nur suka sangat dengan entri kerana entri ni mengingatkan kita yang kadangkala leka dan mengejar cinta manusia dan duniawi namun lupa bahawa ada cinta yang abadi dan berkekalan iaitu dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Buat Cik Tom,
Kak Nur doakan Cik Tom dapat mengharungi setiap dugaan dengan hati yang cekal dan tabah. Jangan putus asa dan mudah-mudahan Cik Tom dapat kerjaya yang Cik Tom inginkan.

Pada yang ingin turut serta dalam segmen ini, sila klik di SINI.
Cepat kerana Cik Tom hanya hadkan untuk 30 orang sahaja.

8 comments:

  1. kalaulah kak jie ada banyak masa macam dulu2....erk..bajet dah tua

    mesti nak masuk mcm2 contest

    skrg ni update blog tinggal je..tak sempat

    ReplyDelete
  2. It is a good blog, best luck for Kak Nur.

    ReplyDelete
  3. Buat Kak Jie,
    Terima kasih kak sudi tinggalkan komen.. Nur ni pun tengah mood rajin nak join contest ni. Blog Kak Jie memang selalu update berbanding blog Nur ni..

    Buat Car Loan Calculator,
    Terima kasih. Blog Cik Tom memang menarik..

    ReplyDelete
  4. saya pun banyak perkara tak dapat join.. ada tag tak berbalas.. bukan tak sudi tapi keadaan tak mengizinkan..

    ReplyDelete
  5. Buat Kak Isza : Nur pun sama Kak Isza. Memang ada hutang tag yang belum sempat balas. Memang kadang2 tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa nanti baru boleh buat.

    ReplyDelete
  6. kakyong pun sesekala menjengah juga ke blog cik tom... femes cik adik ni... n3 pun disampaikan dgn cara yg cantik & riang... ;) & sgt rajin balas BW.. tu yg cepat/ramai follower...

    ReplyDelete
  7. thanks join ye kak nur..cik tom pun suka berkenalan dgn kak nur..sori br berkesempatan terjah n3 segmen ni..kak nur tersenarai no 15...ramai yg join ckp suka n3 tue jugak kak nur..thanks sbb kak nur dah secara xlgsg review blog cik tom..cik tom nak masukkan link kak nur ni dlm list review blog cik tom ye...

    cik tom plan nak buat review tue start 1/1/2011...tp ade blogger ckp lmbt...so cik tom still berkira2 balik utk mulakan bila..sbb skang cik tom agak busy..hehe...tp pe2 akan cik tom update/maklumkan dlm n3 ye :)

    thanks join ;)

    p/s: sori terpnjg plk..hehehe ;p

    ReplyDelete
  8. Buat Cik Tom,
    Sama2 Cik Tom.. Seronoknya baca komen Cik Tom. Jarang dapat komen panjang2 mcm ni. Its ok Cik Tom, kalau sibuk takpe, Kak Nur sedia menanti.

    Seronok juga dapat berkenalan dengan Cik Tom. Tentang review tu, Kak Nur nak kongsi juga dengan teman2 lain yg datang blog ni. Biar mereka terjah blog Cik Tom yang best tu! hehe.. Semoga ukhuwah berpanjangan ye..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...