Sila klik link bawah...

Tuesday, January 11

Cabaran seorang pendidik..


Salam buat semua,
Lama tak menulis entri baru di dalam blog. Minggu pertama persekolahan sudah pun berlalu. Syukurlah walaupun agak kurang sihat tetapi Nur masih diberi kekuatan untuk menjalankan tugas. Banyak perkara yang perlu diuruskan terutama pada minggu pertama sesi persekolahan.

Tumpang simpati dengan musibah banjir yang melanda penduduk di negeri Terengganu dan Kelantan baru-baru ini. Berita hari ini pula melaporkan sebanyak 8 buah sekolah masih ditutup ekoran banjir di negeri Kelantan. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan banjir ini akan pulih dengan segera. Nur dapat bayangkan bagaimana keadaan mangsa banjir yang terpaksa menanggung segala kerugian dan kesedihan melihat rumah yang rosak akibat banjir. Semoga semua mangsa banjir bersabar dengan musibah yang melanda.

Keadaan cuaca yang tak menentu pada masa sekarang ni dengan musim hujan yang melanda, sedikit sebanyak memberi kesan pada kesihatan kita. Ramai juga yang jatuh sakit dan menghidap batuk dan selesema. Aktiviti sekolah juga ada yang tergendala contohnya latihan sukan terpaksa ditangguhkan kerana hujan.

Berita seorang pelajar tingkatan 2 yang cedera akibat dibuli 5 orang pelajar senior juga turut mengejutkan kita. Untuk kisah lanjut sila klik di SINI. Sememangnya dunia pendidikan hari ini penuh cabaran. Warga pendidik masa kini yang perlu berdepan dengan tingkah laku negatif yang tunjukkan oleh sebilangan pelajar. Lihat sahaja statistik Salah Laku Pelajar pada tahun 2010 yang dipaparkan dalam Buletin Utama baru-baru ini sudah menunjukkan betapa serius masalah ini.

Justeru janganlah kita hanya meletakkan tanggungjawab di bahu warga pendidik sahaja. Pantaulah anak-anak anda yang masih bersekolah dan ambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Jika kita semua berganding bahu, sudah pasti permasalahan ini dapat dibendung.

p/s : Sedih juga bila ada anak murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi walaupun cuma sedikit..




7 comments:

  1. Peningkatan kes buli semakin tinggi.cabaran mendidik semakin berat..tanggungjawab ibu bapa juga semakin penting

    ReplyDelete
  2. salam nur, terima kasih sudi follow blog akak, akak nanti follow nor...semoga ukhwah berpanjangan...

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..
    Neh sara.. sekolah kosas.. Do you remember me? Hmm i will be doing my practicum this July.. sara a bit.. scared.. Hmm teringat plak waktu blaja dlu.. Hmm.. Bile tgok brite ckp pasal attitude budak skola skarang.. Hmm.. sbg "freshman" dlm bidang pdidikan sdikit goyah laa keyakinan.. sara doakn cikgu sihat dan mpunyai ketabahan yg tinggi.. harap cikgu doakn sara..

    ReplyDelete
  4. salam..
    setuju dengan anda
    jangan bebankan
    guru sahaja dalam
    mendidik anak2..

    ReplyDelete
  5. Buat whitecappuccino,
    Benar tu.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

    Buat Kak Sal,
    Kerjasama antara ibu bapa dan guru sangat penting. Kalau masing2 memainkan peranan, mungkin gejala sosial dapat dikurangkan.

    Buat Kak Nurin,
    Sama2. Terima kasih juga buat Kak Nurin sebab sudi jadi follower blog Nur ni.

    Buat Sarah,
    Tentukan ingat.. Ex-student cikgu yg bakal bergelar guru tak lama lagi. Cikgu selalu doakan yang terbaik untuk Sarah. Bila dah bergelar cikgu, kena banyak bersabar dan kreatif.
    Terima kasih atas doamu itu.. Amin.

    Buat Saudara Zulkbo,
    Betul tu. Perlu ada pemantauan daripada ibu bapa juga kerana separuh masa pelajar adalah ketika dia berada di rumah.

    Buat Saudara Miecyber,
    Kerjaya guru menuntut kesabaran dan pengorbanan. Mudah2an kami diberi kekuatan untuk lalui semua tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...