Sila klik link bawah...

Tuesday, January 4

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011...




Credit picture : Google search

Salam buat semua,
Akhirnya telah tiba hari pertama untuk musim persekolahan baru. Nur pula baru je mengalami gejala batuk dan sakit tekak pada hari Ahad lepas.. Memang betul2 menguji, sebab perkara paling penting bagi seorang pendidik ialah suaranya.. Terasa perit tekak tatkala banyak bercakap.. Namun dek semangat yg membuak2 untuk mengajar, Nur gagahkan juga diri. Nur mengajar 3 kelas Tingkatan 5 untuk subjek Sains dan 2 kelas Matematik Tingkatan 4. Hari semalam Nur telah masuk 2 kelas daripada 3 kelas Tingkatan 5. Rombakan kelas Tingkatan 5 telahpun dibuat dengan mencampurkan pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan baik, sederhana dan lemah di dalam satu kelas. Ada juga pelajar yg tidak berpuas hati dengan tindakan. Tindakan ini dibuat bagi memastikan keadaan disiplin terkawal dan menggalakkan semangat dikalangan pelajar. Pelbagai ekspresi muka anak2 didik pada hari pertama setiap kali Nur mengajar. Ada yg nampak ceria dan bersemangat, ada yg seakan kebosanan dan ada juga mengantuk maklumlah kena bangun awal pagi hari ni. Hari pertama memang banyak perkara perlu diingat terutama sekali nama2 pelajar yang berbilang bangsa. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 sedang menjalani sesi orientasi kendalian kaunselor sekolah.



Suasana sekolah pada jam 6.40pagi.

 Pelajar-pelajar yang hadir awal ke sekolah menerima cenderahati.

Indahnya kala terbitnya mentari pagi


Pada tahun ini, semua guru di sekolah Nur diwajibkan menyambut kehadiran pelajar di pintu pagar. Seawal jam 6.30 pagi, guru-guru telah menunggu dan berbaris di pagar sekolah untuk menyambut kehadiran anak2 murid. Pengetua dan pihak pentadbir juga turun padang dan bersalaman dengan semua pelajar. Memang ini kali pertama dibuat di sekolah kami, namun sedikit sebanyak ia dapat menimbulkan semangat kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah. Ada pelajar2 yg tersipu2 malu bila Tuan Pengetua bersalaman dengan mereka. Ada juga yang agak terkejut kerana mendapat hadiah cenderahati kerana hadir awal. Jelas mereka gembira kerana dihargai oleh guru2 mereka. Sesi perhimpunan tidak mengambil jangka masa yang lama dan pada minggu ni juga Nur dan beberapa orang menjadi guru bertugas. Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa walaupun baru hari pertama.

Perhimpunan rasmi

Guru2 bergambar kenangan di hadapan pagar sekolah dan pintu masuk utama.


Memang agak penat pada hari pertama. Ditambah pula dengan keadaan Nur yg tak berapa sihat. Persiapan untuk esok(pagi ni) dahpun Nur bereskan waktu berada  di sekolah.

Tibalah waktu untukku merehatkan diri di rumah. 
Sekian untuk kali ini. Wassalam.


p/s: Nur dapat makluman berita kejayaan Nur dan rakan, Kak Ja telah dimuatkan di akhbar Sinar Harian (edisi Johor), keluaran Hari Ahad.. Ruginya tak beli suratkhabar tu semalam.. Cuma dapat tahu daripada kaunselor sekolah.. Hati berbunga... Syukur Alhamdulillah, dapat juga diriku mengharumkan nama sekolah.



11 comments:

  1. moga semuanya berjalaan dgn lancar seperti yg diharapkan..slmt bertugas

    ReplyDelete
  2. Sepanjang MM sekolah dlu, hari2 ayh tinggalkan kt pondok guard seawal jam 6.30 pg. Xdpt pun cenderahati mcm budk2 tu. Xaci..wuwu..

    ReplyDelete
  3. sangat best kalo murid2 dihargai mcm tu... ;)

    ReplyDelete
  4. cikguu!!!!! mamat dia kencing dalam seluor cikgu!!!!

    http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/mizi-nak-kabo-ni.html

    ReplyDelete
  5. slmt mengajar ye kak nur...

    takpe akak..bl free br singgah..xpe cik tom faham ...jg kesihatan diri ye..jgn lp makan ubat n rehat secukupnya :)

    ReplyDelete
  6. minggu awal² dan hujung tahun memang memenatkan kan?

    betul tu..kalau selsema ke batuk memang jejaskan kerja kita kan? wife pun selesema hari ni..


    Entri terbaru saya

    Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja

    ReplyDelete
  7. slm nur.. dtg ppgi seblum LDP hari ni.. huuuu.. tahniah atas kejayaan nur dan sekolah.. wah boleh kogsi good idea kt sek nur ni.. tentu bersmgt pelajar2 nk pergi ke sek hari2..

    ReplyDelete
  8. mizi perlukan bantuan

    http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/aku-tak-berniat.html

    ReplyDelete
  9. salam, begitu dedikasi cikgu2 kat sana krn sanggup datang awal dan balik lewat demi mahu melihat anak2 didk berjaya...

    ReplyDelete
  10. selamat mengajar cikgu..bagus gak buat camtu..skrg ni tak suka sbb yang pandai dan kurang pandai diasingkan.

    bertuah murid-murid di sekolah kamu..bukan senang nak bersalam dgn guru besar

    ReplyDelete
  11. Buat Kak Sal,
    Terima kasih Kak Sal.. Selamat bertugas juga untuk akak.

    Buat Mawar Merah,
    Hehe.. Itulah kelebihan jika bersekolah di sekolah Kak Nur. Tapi hadiah diberi untuk hari pertama sahaja tau.

    Buat Kak Yong,
    Pengetua memang sangat sangatkan anak2muridnya.. begitu juga dengan guru2 di sekolah kami.

    Buat Mizi,
    Alahai.. nasib la Kak Nur mengajar sek menengah.. hehe..

    Buat Cik Tom,
    Terima kasih Cik Tom. Kalau sempat memang Kak Nur singgah blog Cik Tom.

    Buat Cikgu N@m@n,
    Memang agak sibuk.. ditambah pula dengan badan yang kurang sihat. Nak buat macam mana, tugas tetap kena jalankan.

    Buat Kak Dzana,
    Cepatnya sek akak dah buat LDP. Advance betul.. Bolehlah idea ni dipraktikkan di sek akak juga ye.. Ada kelainan dan budak2 tentu seronok nak hadir ke sek.

    Buat Mizi,
    Bantuan yang macam mana tu?

    Buat Saudara Abhamz,
    Wslm. Kami cuba buat kelainan yg tak pernah dibuat di sek lain. Kalau dah bergelar guru memang kena sanggup berkorban.

    Buat Kak Ina KL,
    Terima kasih kak atas ucapan. Mula2 memang ada rungutan dari pelajar2, tapi memang tak dilayan. Pengetua kami memang mesra dengan pelajar yg dianggap seperti anak sendiri.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...