Sunday, January 16
Gara-gara sakit perut masuk hari ketiga..
Salam buat semua,
Apa khabar semua? Sekejap je dah masuk minggu ketiga. Tentu ramai yang seronok menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Nur pula dah masuk hari ketiga mengalami gejala sakit perut. Bulan Januari ni sahaja sudah 2 kali Nur terpaksa ke klinik. Dr nasihatkan agar Nur tak makan makanan yang pedas dan bergas. Pada semua rakan2, doakan Nur cepat sembuh ye.. Terima kasih banyak.
Buat rakan2 blogger dari Forum Syoknyer Blogging yang sudi singgah ke blog ni, terima kasih banyak kerana sudi jadi follower blog Nur yang tak seberapa. Ada kelapangan Nur akan berkunjung ke blog kalian.
Nur ketandusan idea maklumlah badan tak berapa sihat. Itu sahaja untuk kali ini. Esok dah nak mula bertugas. Harap2 Nur dah sihat sepenuhnya.
Selamat bertugas esok. Selamat malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
moga kak nur cepat sembuh..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh. Sakit itu adalah ujian untuk menguji iman. Sabar ye.
ReplyDeleteberehat, makan ubat dan semuga cepat sembuh ya
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaspen jugak nengok ubat tu...
Buat Nadiah Sidek,
ReplyDeleteTerima kasih Nadiah.. Sakit perut yg paling lama pernah akak alami (bayangkan sakit selama 1 minggu.
Buat Pemerhati Dunia,
Terima kasih.. Mudah2an..
Buat whitecappuccino,
Memanga agak kurang selesa.. kena banyak berehat.
Buat Pak Long,
Ubat ni kurang mendatangkan kesan.. Kena makan ubat yg lain..