Sila klik link bawah...

Sunday, January 16

Tergamak Tinggal Anak..

Tergamak Tinggal Anak
 Sumber : Harian metro Online

ALOR GAJAH: Keengganan seorang wanita hamil yang cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 198.8, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, pagi semalam, menaiki ambulans biarpun dipujuk anggota perubatan dan nekad menghilangkan diri, membongkar rahsia dia memandu kereta dilaporkan hilang Selasa lalu di Pandan, Indah Kuala Lumpur.

Malah, menurut pekerja Plus yang enggan dikenali, wanita itu sanggup membiarkan anak lelakinya berusia empat tahun yang turut cedera menanggung kesakitan, dipercayai bagi mengelak disiasat polis jika dirawat di hospital.

Dalam kejadian jam 7 pagi, wanita berusia 30-an dan anaknya nyaris maut apabila kenderaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik di dalam longkang.
Menurut Pegawai Penyiasat Polis Trafik Alor Gajah, Inspektor Razali Samin, kemalangan berpunca apabila tayar belakang kereta yang menghala ke selatan itu pecah, menyebabkan pemandu gagal mengawalnya lalu menggelongsor 30 meter ke sisi kiri jalan dan melanggar pokok lalu terbalik.

Mangsa dan anaknya bagaimanapun bernasib baik apabila hanya cedera ringan.

“Siasatan awal polis dan hasil maklumat orang awam difahamkan wanita terbabit dan anaknya masih di tempat kejadian ketika ambulans tiba. Namun, beliau enggan menaiki ambulans walaupun dipujuk sebelum dilihat menelefon seseorang dan kemudian menghilangkan diri.

“Polis memaklumkan semua hospital dan klinik kerajaan dan swasta di negeri ini jika menerima pesakit seperti dinyatakan untuk menghubungi IPD Alor Gajah dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya.

Salam buat semua,
Sedihnya tatkala membaca berita ni. Tergamak seorang ibu meninggalkan anaknya yang masih kecil dan tercedera setelah kemalangan untuk lari semata-mata tidak mahu disoal siasat oleh pihak polis. Kasihan mengenangkan nasib yang menimpa anak kecil yang berusia 4 tahun itu. Moga pihak berkuasa dapat menangkap si ibu untuk diheret di muka pengadilan.

3 comments:

  1. Salam cikgu.

    Sudah lama saya tidak singgah di sini sebab setiap kali saya hendak masuk, secara automatik loading fail.

    Kenapalah ada ibu yang macam itu. Tidak ada hati perut ke?

    Sedih, sedih...

    ReplyDelete
  2. Tentu si ibu akan menyesal dengan tindakan meninggalkan anaknya yang cedera :-(

    ReplyDelete
  3. ish ish.. apa sebenarnya yg bermain di fikiran si ibu masa tu... kenapa nak takut.. walhal kemalngan tu pun bersebab, bukannya dia langgar orang...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...