Sila klik link bawah...

Tuesday, March 22

Syukur Alhamdulillah


Salam buat semua,
Pengalaman pada hari semalam memang tak akan Nur lupakan sepanjang hayat. Nur bersyukur kepada Allah atas anugerah yang Nur terima setelah hampir sedekad berkhidmat sebagai seorang pendidik. Kejutan daripada Penolong Kanan sekolah yang meminta Nur untuk hadir dalam mesyuarat pengurusan merupakan detik yang sangat menggembirakan buat diri Nur apabila diumumkan menjadi salah seorang daripada 7 orang guru yang menjadi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2010 untuk sekolah Nur. Nur bersama 7 orang rakan yang turut sama menerima anugerah yang sama akan diraikan pada hari Ahad nanti dalam "Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah".


Credit pic : here

Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat suami dan keluarga tercinta atas sokongan dan penguat semangat Nur untuk menempuh segala ujian sepanjang bergelar pendidik sehingga ke hari ini. Tak lupa juga kepada rakan2 sekerja yang telah banyak membantu dan barisan kepimpinan sekolah yang banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan untuk Nur melaksanakan tugas2 sepanjang 2 tahun di sekolah yang baru ini. Sekolah ini merupakan sekolah Nur yang keempat sepanjang 10 tahun Nur berkhidmat sebagai pendidik. Sepanjang Nur berada di sekolah ini banyak ilmu dan pengalaman yang dapat Nur timba dan peluang mengembangkan potensi diri. Semoga Nur terus istiqamah dalam menggalas amanah dan tanggungjawab untuk terus mendidik pelajar2 dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pada masa yang akan datang.

Itu sahaja coretan untuk hari ni. Nak bersiap-siap ke sekolah. Jumpa lagi di lain kesempatan.
Wassalam.


19 comments:

  1. tahniah ye nur di atas anugerah itu :) keep it up!

    ReplyDelete
  2. tahniah di atas kejayaan menerima APC ..semoga lbh berjaya di masa akan datang... Amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum:):)

    CONGRATS my dear!!!
    Tahniah!Tahniah!Tahniah!

    akak tumpang bangga + happy sekaki nihh;)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah

    tq sbb selalu singgah my blog, i really appreciate it ;)
    congrats sbb dpt anugerah tu :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Nur cayang... wah, Along pun tumpang bangga dgn sahabat Along yg berdedikasi ni. Keep it up!

    ReplyDelete
  6. wah..tahniah..

    semoga menjadi pemangkin kepada kejayaan² yang mendatang ;)

    ReplyDelete
  7. Tanniah kepada Nur kerana menjadi pendidik yang cemerlang. Difahamkan Nur mengajar Matematik saya ingin mendapatkan tip mengajar anak yang makin lemah didalam Matematik setelah naik tahun 2.

    Saya ada berpeluang menyemak kerja sekolah anak saya, soalan Matematik berebentuk soalan yang mana perlu menterjemahkan didalam bentuk angka. Selagi anak murid tidak faham soalan tidak akan berjaya menyelesaikan permasalahan Matematik

    Mungkin Nur boleh cadang buku latih tubi supaya saya dapat memberi latihan kepada anak saya kerana anak saya semakin menurun kelasnya

    ReplyDelete
  8. salam nor..tahniah kerana berjaya mendapat anugerah cemerlang.

    Wah lomantik shopping dan berhoney moon berdua.

    Tak dapat gak emaillah nor..kamu sms 019-3874160

    ReplyDelete
  9. tahniah nur!! salam perkenalan dr sy ;)

    ReplyDelete
  10. tahniah dapat anugerah..
    tahniah juga jadi pendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  11. tahniah nur .. keep it up .. happy 4 uu :)

    ReplyDelete
  12. Buat Cik Rose,
    Terima kasih atas ucapan. Nur akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkannya.

    Buat fiza,
    Thanks.. :)

    Buat Mrs. Fiza,
    Thanks my dear.. :)

    Buat Anonymous,
    Terima kasih atas ucapan. Amin... Mudah-mudahan dimakbulkan olehNya.

    Buat Kak Kartini,
    Wslm kak.. Terima kasih banyak kak atas ucapan. Kalau akak happy, tuan punya badan lagi la happy.. hehe..

    Buat Kak Suzie @ Mama Zharfan,
    Wslm kak. Sama2, Nur suka baca oengalaman akak di luar negara tu. Terima kasih atas ucapan.

    ReplyDelete
  13. Buat Kak Alongroz @ Homekreation,
    Hi Kak Alongroz, terima kasih kak atas ucapan. Insya-Allah kak, Nur akan sedaya upaya untuk mengekalkannya.

    Buat Saudara N@m@n,
    Terima kasih atas ucapan.. Mudah-mudahan.. :)

    Buat Saudara akubiomed,
    Terima kasih atas ucapan. Untuk makluman, Nur mengajar Matematik menengah atas. Tentang buku latihan untuk sekolah rendah, Nur agak kurang pasti. Saudara boleh cuba bertanyakan masalah anak saudara dengan guru mata pelajaran anak saudara di sekolah. Cuba mendekati masalah mereka.. Maaf saya tak dapat nak bantu sangat..

    Buat Kak Ina KL,
    Wslm kak.. Seronok bercuti dengan suami tersayang... La hai, kenapa la tak dapat ye.. Nanti Nur call or sms akak ye..

    Buat Kak Azimah @Teacher Azimah,
    Terima kasih atas ucapan. Salam perkenalan juga dari Nur.

    Buat Cute Mum,
    Terima kasih banyak atas ucapan tu...

    Buat Kak ieda,
    Terima kasih kak.. Nur lagi happy... hehe :)

    ReplyDelete
  14. hai cik Nur
    tahniah dari kak nur
    alhamdulillah... boleh ler
    share2 dengan kita... huhuhuh

    mengajar kat umah jer
    kelas memasak... ok ker?

    ReplyDelete
  15. tahniah Nur.. semoga terus menjadi guru berdedikasi...

    ReplyDelete
  16. Wah..seronoknya rasa di hati. Tahniah Nur atas kejayaan ini. Semoga ia menjadi pencetus semangat utk lakukan yg terbaik di masa2 hadapan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...