Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat2 belaka. Tentu ramai yang pulang bercuti minggu ni. Maklumlah dapat cuti sempena Hari Pekerja sehingga hari Isnin nanti. Hari Rabu yang lepas, Nur dan suami menghabiskan masa berdua menikmati hidangan kegemaran kami iaitu roti nan dan nasi ayam goreng di Pasar Borong Pandan. Dan hari semalam juga kami ke sana untuk makan malam. Pertama kali mencuba menu char kuey tiaw udang dan rasanya tersangat la sedap. Lupa pula nama gerai makan tu.. Kalau ada yang ke sana bolehlah cuba.
Hmm.. Petang nanti Nur akan berangkat pulang ke kampung halaman. Ok jumpa lagi di lain entri. Selamat Hari Pekerja buat semua. Wassalam.
Roti nan fav kami berdua..
Air jagung kegemaran Nur.
Nasi goreng ayam yang sedap...
Menu baru.. Char kuey tiaw.. Perghh memang sedap... !!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D