Sila klik link bawah...

Monday, April 25

Sukantara dah pun berakhir (Part 1)

Salam buat semua.
Berakhirlah minggu yang agak sibuk buat Nur dan rakan2. Hari Sabtu lepas telah berlangsungnya acara sukantara. Kedatangan pelajar agak kurang memuaskan. Setiap ahli pasukan rumah sukan bersemangat untuk mendapatkan mata untuk rumah sukan masing2. Keputusan rasmi masih belum diumumkan. Pertama kali bertugas sebagai pelepas untuk acara yang diambil oleh pasukan Rumah Ungu. Penat juga sebab perlu melayan kerenah anak2 murid yang bermacam2 ragam. Selesai acara sukantara berlangsung Majlis Perpisahan Mantan Pengetua sekolah Nur yang akan bertugas di tempat baru di Jabatan Pelajaran Johor.

"Tahniah buat Tuan Haji Shaharuddin Saari. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah disumbangkan di sekolah kami dan selamat bertugas di tempat baru."

Jom lihat gambar sukantara di sekolah Nur..

- (bersambung...)

Ahli2 rumah Hijau yang hadir.. 50 orang sahaja.

Acara lompat jauh.

Nur dan rakan2 yang bertugas di padang..

Bersemangat rakan2 Nur dari rumah sukan Ungu..
Masing2 bersorak memberi sokongan untuk anak2 murid.

Acara melontar peluru.


Pemandangan sekolah.

4 comments:

  1. classlah kamu..akak yang dekat pun tak pernah tenguk racing kat sepang.

    Memang penat kan bila ada aktiviti..apa nak buat ..dah tanggung jawab..redha ajerlah

    ReplyDelete
  2. rupanya nba, guru........ ayu suka acara balapan... dulu2 suka join lari berganti2...
    skrang dah semput ko..

    ReplyDelete
  3. tingat masa dulu.. lempar peluru.. x jauh mana pun.. x de kederat.. hahahh,..

    ReplyDelete
  4. Buat Kak Ina KL,
    Hehe.. takde la kelas mana pun kak. First time tengok secara live, memang teruja sangat.

    Tentang aktiviti sek memang takde berpenghujung.. Kena la banyak2 bersabar dan redha.

    Buat Kak Ayu@ Citarasa Rinduan,
    Ye.. Nur seorang guru.. Atlit rupanya Kak Ayu ni.. Nur pun masa sek aktif bersukan but now dah pencen... hehe

    Buat Kak Yong,
    Part suruh lempar cakera tu, anak2 murid Nur memang tak suka. Semuanya macam takde tenaga je.. sabar je la... Dah penat sangat kot.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...