Salam buat semua,
Bila dapat berkumpul di kampung halaman bermacam2 aktiviti yang anak2 saudara Nur akan lakukan bersama. Salah satu acara utama ialah bermain basikal. Riuh rendah dibuatnya. Bukannya apa Nabil suka benar menyakat Humaira, apalagi menjerit la anak dara tu bila diusik dengan sepupunya dengan bantal busuknya.
Muka Humaira yg tak puas hati dengan Nabil. Lihatlah bantal busuk Nabil tu.. Nak main pun diangkutnya bantal tu sekali.
Zafry tekun menolak basikal Humaira gara2 si dara kecik ni tak pandai nak kayuh sendiri.
Nazmin pun angkut juga bantal busuknya dalam bakul basikal pinknya.. Uddin (baju hitam) merangkap pemerhati aka body guard waktu sepupu2nya bermain.
Giliran Zikry (abang pada Zafry) pula menolak basikal Humaira. Kalau tak ditolak, alamat tak bergerak la basikal tu.. hehehe..
Zikry sedang membelek basikal Uddin yang mahal.. Harga RM500 tu.. Budak2 lelaki memang sanggup berhabis untuk cantik basikalnya tu.
Alamak.. Zikry kempunan sebab tak dapat bawak basikal besar.. Jadi dengan basikal kecik pun jadilah.. Lihatlah aksinya... Hebatkan.. hehe
Anak dara yang akan menduduki UPSR tahun ni namanya Zahra.. Aktif berpengakap waktu di sekolah.
Dah besar panjang anak saudara Nur ni..
Adik Humaira ni namanya Huda.. Latest picture dia.. Dah semakin cerah kulitnya berbanding masa baru lahir dulu. Badannya pun agak susut.. Dah pandai meniarap dah sekarang.. Comelkan..
Huda kena kerumun dengan sepupu2nya.
Zameel, Zafry dan Nabil sibuk nak main dengan si kecik Huda..
Zameel ni abang kepada Zafry.. Muka dia iras2 abang Nur yang no. 2. Anak ayah ni... manja dengan ayahnya.
Gigi Zafry putih tak??... (Suka benar tayang giginya waktu bergambar..)
Nabil pun dah terikut2 aksi sepupunya, Zafry.
Zahra busy melayan Humaira yang nak memunggah kotak mainan kepunyaan Nazmin dan Nabil. Lihat la banyak betul koleksi buku2 Ultraman Si Nabil.
Humaira tekun bermain barbie dol.
Nabil dengan bantal busuknya.. sarung bantal pun ada gambar Ultraman. Alahai Nabil....
Adik Nabil, Nazmin pun ada bantal busuk juga..
Huda dipangkuan neneknya.. Comelnya dia...
nadiah masa kecik2 dulu pun selalu kena sakat dgn sorg sepupu lelaki sbb dia suka tgk nadiah nangis :p
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletePart bantal busuk yang tak tahan tu!!! Sure riuh-rendah kat kampung kalau ramai kids. Mak bapak dorang balik kampung tak? Ke main "pos" anak2 ke kampung.
Anak-anak dan bantal busuknya..ha ha ha....
ReplyDeletemeriah kalo ramai2 riuh rendah la kan..hihih..rumah kt kpg ninmpk mcm besar je..
ReplyDeleteBuat Nadiah Sidek,
ReplyDeleteRupanya Nadiah pun selalu kena usi ye.. Sama la dengan Humaira, kalau tak Si Nabil yang usik dia, mak dan bapa sedara yang sakat sampai la dia menangis.. hehe.
Buat Teratak Hami,
Memang riuh-rendah kak.. Keluarga Nur tak pernah pos2 anak. Tentulah maka dan ayah mereka balik juga. Kalau waktu cuti, memang rumah mak dan ayah tak pernah sunyi.
Buat Kak Rahiza,
Hehe.. Masing2 ada bantal busuk mereka.. Kalau hilang sure melalak punya..
Buat Mrs Fiza,
Memang seronok dapat berkumpul ramai2 waktu cuti. Alhamdulillah rumah mak dan ayah cukup luas untuk tampung ahli keluarga kami yg ramai.