Salam buat semua,
Apa khabar semua? Musim cuti sekolah dah pun bermula. Nur masih lagi banyak kerja2 sekolah yang perlu dibereskan. Minggu pertama mungkin masih di JB sebelum pulang bercuti ke kampung halaman.
Aktiviti terluang yang ada Nur pun mulalah belajar memasak.. Hobi baru setelah memiliki oven sendiri. Kali ni Nur cuba resepi muffin pula.. Teringin pula nak merasa makan muffin. Apa lagi Nur pun google la.. Terjumpa resepi ni di laman facebook Kongsi Resepi.
Cubaan pertama yang sungguh memuaskan hati.. Projek seterusnya Nur bercadang nak memasak kek marble.. Kita tunggu je hasilnya nanti ye...
Cubaan membakar muffin.. Memang moist dan gebu..
Ada sesiapa teringin ke?? Nur kongsi resepinya di bawah...
Hidangan muffin sebagai menu sarapan di hari minggu bersama suami tersayang..
Puas makan.. Yummy... :)
Ni resepinya...
BANANA CHOCOLATE MUFFINS (resepi Chef Wan)
Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega >> Nur guna brand Farmcow
1 cawan gula perang >> (kalau guna 3/4 cawan pun ok untuk mereka yang tidak kuat manis)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek >> Nur guna pisang berangan yang masak ranum
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna >> Nur guna tepung jenama Blue Key
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips >> Nur guna brand Hershey's
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin. Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang dipotong bulat dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit. >> (Nur potong pisang sesuka hati je untuk hiasan dan bakar lama sikit 30 minit).
Resepi ini dikongsi oleh Puan Zuryanty dari facebook Kongsi Resepi. Klik di SINI
Masya Allah nampak sedap dan gebu lah Nur. I will try this one tapi I have pisang emas.
ReplyDeleteTahniah..and share jugak kek marble tu yea...I love marble cake jugak ut i use to make it in my own way. Nak jugak cuba resepi dari Nur.
Happy holiday...
Buat Kak UmmiRosma,
ReplyDeleteThanks sis.. Tak boleh lawan akak la.. hehe. Cuti sek ni bolehlah Nur cuba2 belajar memasak muffin dan kek.. Nur dapat resepi dari internet.. Nanti kalau akak dah cuba beritahu ye..
Pasal kek marble tu nanti Nur kongsi resepinya.. Maybe esok or lusa nak buat.. Pisang emas pun boleh juga rasanya.. Selamat mencuba.. :)
Nur...puas hatikan kalau dapat masak sendiri...akak,kek hari jadi anak pun buat sendiri..puas hati...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletecantik jadinya...
resepi cookies di bawah tu tak ada ke :)
Buat Kak Rahiza @ Cikgu Nurin,
ReplyDeleteBetul tu kak.. Kalau buat sendiri memang puas makan.. Hasilnya memang memuaskan hati..
Buat Kak Ati Masrif,
Tentang resepi cookies tu, Nur cuma guna resepi daripada tepung campuran yang dibeli di kedai kek.. dah terbuang dengan plastiknya.. Maaflah tak dapat bagi. Next time Nur kongsi resepinya ye..
Salam kunjungan.. sedap dan enak nampk kan.. kalau mkn mesti best.. keep it up... ada masa singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeleteBuat Saudara Zuwairi Aiman,
ReplyDeleteWslm. Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen.. InsyaAllah nanti saya berkunjung ke blog anda.
slm,
ReplyDeletedah lama tringin wat muffin.. tah bila tah..
Buat Kak Isza,
ReplyDeleteTakpe kak.. ada masa nanti bolehlah cuba.. Tak susah.. :)