Sila klik link bawah...

Tuesday, May 31

Hadiah buat Suami Tercinta

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat2 belaka. Sebagai menjawab pertanyaan di ruangan komen oleh Qaseh Suci.. Nur sememangnya telah memberikan hadiah buat suami pada minggu lepas. Cuma belum sempat membuat entri di dalam blog. Sedih juga bila dia mengajukan soalan tentang hadiah baby.. Bukannya kami tak berusaha ke arah untuk mendapatkan zuriat sendiri, tapi semua tu kuasa Allah. Mungkin kami belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Nur berharap semua rakan blogger dapat mendoakan agar Nur berpeluang merasai sendiri pengalaman bergelar "ibu". Terima kasih banyak diucapkan dan semoga impian Nur akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

Sebagai tanda kasih antara Nur dan suami, Nur hadiahkan pemberian yang tak seberapa sepadan dengan minatnya bermain golf. Jom tengok hadiahnya..





2 hadiah dari Nur buat suami tersayang berupa t-shirt dan beg..
Senyum meleret Cik Abang bila dapat hadiah dari isteri tersayang...



Malam minggu kami berdua lepak dan makan  malam di Restoren Habib (cawangan Bukit Indah). Pertama kali pekena roti Arab.. Mak aiii tebal betul roti Arab ni.. Sedap tapi Nur memang tak habis makan, cuma makan separuh sahaja.. Sarat dengan inti yang boleh dipilih sama ada nak inti daging, ayam atau kambing. Siapa yang nak mencuba boleh datang ke sana..

Close-up roti Arab (ayam) yang Nur order.. Menarik bukan.. :)


Ok, hari ni nak siapkan kerja2 menanda buku latihan pelajar dan membuat analisis item. Biasalah rutin seorang pendidik, waktu cuti pun tetap ada tugas menanti.

Jumpa lagi di lain entri.. Wassalam.

10 comments:

  1. insyallah..ade rezeki u nnti okey utk bergelar ibu :)

    ReplyDelete
  2. Buat Mrs. Eady,
    InsyaAllah..mudah-mudahan berkat doa semua.. Terima kasih banyak atas sokongan.

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. untung suami dpt hadiah... InsyaAllah semoga bertambah2 rezeki hendaknya.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum my dear Nur..:)

    Mesti gumbira bangat nihh bila si hb dapat hadiah tuuu....;)

    Utk Nur..
    Jangan sedih..susah2 hati..
    Ingat! semua ketentuan dariNya ...ada rezeki ..InsyaAllah...
    Moga suatu hari nanti termakbul segala doa & impian NUr...

    Smileeeeeeee!!!:):)

    ReplyDelete
  5. waa... veli lomantik la both of u.. hope it will long lasting yer.. Hepi Anniversary!!!

    ReplyDelete
  6. me doakan moga2 nur cepat2 dikurniakan seorg baby..amiin

    ReplyDelete
  7. Buat Saudara Wa Khairul Onggon,
    Terima kasih atas doa anda.. Mudah-mudahan Aminn...

    Buat Kak Kartini,
    Waalaikummussalam kak.. Memang suami Nur suka sangat.. Tq so much kak atas kata2 semangat dan doa.. Mudah-mudahan ada rezeki Nur menimang cahaya mata sendiri.. Amin..

    Buat wifenavy,
    Kami punya Anniversary dah lepas (bulan Mac yg lalu).. Saje je tukar2 hadiah.. Tak salahkan..

    Buat Kak Suzie @ Mama Zharfan,
    Amin.. mudah-mudahan berkat doa rakan2 blogger, impian Nur akan dimakbulkan Allah. Thanks kak Suzie..

    ReplyDelete
  8. Insya'allah...ada lah rejeki anak tu nanti ☺☺☺

    ReplyDelete
  9. klu ada rezki..insyaAllah bergelar ibu..nak cuba berurut tak...

    ReplyDelete
  10. Buat Fiza,
    Thanks Fiz.. InsyaAllah mudah-mudahan..

    Buat Kak Sal,
    Terima kasih Kak Sal selalu bagi kata2 semangat.. Nak berurut kat mana tu kak???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...