Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Minggu peperiksaan dah hampir melabuhkan tirainya dan minggu hadapan akan bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Tak sabar rasanya nak bercuti.. Al-maklumlah dapat cuti yg agak lama dapatlah kami berehat dan menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga. Sebelum bercuti, Nur dan rakan2 sibuk dengan kerja2 penandaan kertas peperiksaan. Kalau tak dapat nak siapkan sebelum cuti, semuanya perlu dibereskan sebelum naik sesi persekolahan pada 12 Jun nanti. Kami juga perlu menyiapkan tugasan cuti sekolah dan modul untuk kegunaan para pelajar. Memang tak menang tangan dibuatnya...
Kertas 2 Sains Tingkatan 5 dah selesai ditanda.. (hampir 100 transkrip telah selamat ditanda bersamaan dengan 3 kelas..) Memandangkan Kertas 1 Sains baru berakhir pagi tadi maka kena tunggu esok barulah markah keseluruhan anak2 didik Nur diperolehi. Banyak yg perlu diberi perhatian dan kebanyakannya kurang menjawab dengan baik. Tindakan susulan selepas naik cuti perlu difikirkan dan dirancang dengan baik.
Semalam Nur sekali lagi dikejutkan dengan hadiah dari suami tersayang. Seronoknya tatkala suami menghulurkan kotak GPS Navigator ni. Kebetulan memang Nur ni jenis yang susah nak ingat jalan.. jadi GPS ni tersangatlah berguna.. Bukan itu sahaja, beliau juga menghadiahkan 3 botol minyak wangi untuk Nur. Banyakkan...
Petang tadi sempat menggunakan GPS buat kali pertama.. Ternyata Nur selamat sampai ke destinasi yg diinginkan di Pontian. Lepas ni, takde lagi masalah tersesat jalan.. hehe.. Happy sangat..
TQ my dear... I love you so much..
GPS yang sangat membantu.. Tq sayang... Suka sangat dengan gadjet ni..
Dapat juga hadiah 3 botol perfume dari suami tersayang.. Seronok sangat.. :)
Hasil shopping semalam di Jaya Jusco Taman Universiti setelah rumah tiba2 tiada bekalan elektrik.... Sebelum ni memang kelengkapan dan bahan2 banyak yg tak cukup.. Gunalah apa yang ada je.
Mixer lama dah pun rosak, so kena la ganti dengan yang baru.. Nur beli juga alat penimbang.
Lepas ni, kena tunggu hasilnya...
Ok sampai jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
bestnyee dpt hadiah lg... bla nk bg hadiah kt hubby nur lak?
ReplyDeletehadiah baby ker... mesti nant nur dpt hadiah lg byk...
beshnya dpt perfume tu :)
ReplyDeleteBuat Qaseh Suci,
ReplyDeleteHmm kenapa cakap macam tu..sedih sangat Kak Nur bila baca komen Qaseh ni.. (Ingat baby tu macam hadiah ke.. boleh beli di kedai.. )
Pasangan yang dah berkahwin tentu nakkan anak. Semua tu ketentuan Allah... cuma masih belum ada rezeki kami berdua. Tak semestinya kalau belum dikurniakan cahaya mata, kita suami isteri tak boleh saling bertukar hadiah.. Hadiah tu sebagai tanda pengikat kasih antara kami suami isteri.
Hadiah dari Kak Nur bakal menyusul.. tunggu entri seterusnya lepas ni.. sabar ye..
Buat Kak Suzie @ Mama Zharfan,
Memang wangi.. Nur pun suka jugak..
qaseh pn sama dulu.. lama kahwin tk de anak..pas makan biodex...2 bulan je Allah bg rezeki... qaseh hrp kak nur leh cuba... mane tau dpt baby nanti... mesti comel mcm kak nur n hubby jg..
ReplyDeletekak nur g mane cuti sek nie?.. qaseh keje... suami je yg cuti..dia dok umah jaga anak... hehehee
Buat Qaseh Suci,
ReplyDeleteTu la ramai yang kata tentang ni.. Kak Nur belum cuba lagi produk tu. InsyaAllah nanti kami cuba ye..
Cuti sek ni mungkin Kak Nur pulang ke kampung pada minggu kedua. Suami kerja jadi tak dapat nak berjalan2. Bagusnya suami Qaseh jaga anak.. tentu dia pun cikgu.. eh ye ke?
p/s: Qaseh takde link blog ke?? Boleh datang jengah..