Sila klik link bawah...

Monday, May 23

Cubaan Membakar Chocolate Chips Cookies

Salam buat semua,
Hari Jumaat yang lepas Nur sempat cuba memasak cookies buat kali yang pertama. Cubaan kali kedua selepas kek tempoh hari. Lihatlah hasilnya..

Gambar yg ni ialah sesi membakar cookies untuk kali pertama.. Nur memang tak pandai lagi nak agak..
Cookies dah jadi terlalu besar la pulak... hehe

Lepas dibakar.. Gedabak je rupa..  Kenyang bila sekali ngap.. :)

Bakar kali kedua.. dah boleh agak.. Biskut yang terhasil lebih kurang sama saiz..


Bakar untuk kali ketiga dah semakin ok..


Taraaa.. Nilah cookies yg dah siap dibakar.. Rupanya memang tak cantik, dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Dapat juga Nur penuhkan 2 balang sederhana besar.

Lepas ni nak cuba buat muffin pulak.. Bahan2 dah beli, tapi tak tahu pulak bila nak mencubanya..
Ok..sampai jumpa lagi..
Wassalam.

12 comments:

  1. rajinnya nurr!!! meh hantar sket kat rose!! eheheh

    p/s: nur, rose dah kembali semula ke http://iniceritacikrose.blogspot.com ehehehe.... ok nur... see yaa :)

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Sedap nampak. Cam rangup aje. Baling kat sini sikit.

    ReplyDelete
  3. Buat Cik Rose,
    Hehe,. alahai biskut sempoi je.. Takde la sedap sangat.. Kwn2 komen, kurang manis but ok utk cubaan kali pertama.

    Orait.. dah kembali ke blog asal.. Kenapa ye??

    Buat Kak Roha,
    Wslm.. Nampak je sedap.. Biasa2 je kak.. Alahai nak campak tapi biskut hancur berkecai.. hehe..

    ReplyDelete
  4. nur--
    walau kali pertama dan kedua hasilnya boleh tahan..
    tahniah ya..
    sure rasanya rangup...

    ReplyDelete
  5. Salam kjg blas Nur...dulu penah dah rasanya kita bertegur sapa kan... Anyway, thanks sudi jengah akak lgk... Sedapnya kukis tuh...makan panas2 suam gitu best eh..

    ReplyDelete
  6. Nur rajin juge masak2 yer ...

    haih lame tak bakar choc chips ... tak susah mane kan tapi tak berapa rajen...hehe :p

    ReplyDelete
  7. Buat Kak Ayu @ Citarasa Rinduan,
    Baru nak belajar2.. Tak sehebat Kak Ayu.. Skill kena dimantapkan lagi.. Terima kasih kak sebab bagi sokongan..

    Buat Kak Ummi Zaihadi,
    Wslm Kak Ummi, betul tu kak.. Memang kita pernah bertegur sapa dulu.. Sama2 kak. Suka jengah blog akak tapi selalu jadi silent reader je. Kukis tu kena diperbaiki lagi.. Tq kak sudi singgah blog Nur.

    Buat Kak Ummi Hanie,
    Baru nak belajar2 kak.. Memang tak susah buat cookies ni. Simple je.. :)

    ReplyDelete
  8. bilalah giliran kita pulak nk tyg kuih, kek2 yg dibuat sdri..hihihi.. oven pemberian nenek kt kpg msih tersimpan rapi dlm stor..

    ReplyDelete
  9. wah..sedap..

    ni dah boleh meniaga kuih nih..

    ReplyDelete
  10. huuuu... akk pun teringin nk buat cookies.. rajin2.. good..

    ReplyDelete
  11. Buat Mrs. Fiza,
    Boleh je Fiza.. yg penting kena rajin.. Nanti cuti sek gi la amik oven tu ye.. :) Boleh kita kongsi resepi.

    Buat Kak Sal,
    Alahai.. baru nak belajar2 kak.. Takdenya nak meniaga.. hehe

    Buat Saudara Edy Zaidi,
    La tak tahu ke kita dah lama kahwin.. isk isk isk..

    Buat dZana,
    Thanks kak.. Nur pun baru je nak belajar2 masak kek & cookies ni..
    Jom la kita cuba sama2.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...