Salam buat semua,
Sambutan Hari Guru hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Nur dan rakan2 telah diminta untuk menghadiri "Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan" anjuran PPD JB dengan kerjasama Hospital Sultan Ismail di Plaza Angsana JB petang tadi. Sekolah Nur telah menjadi tuan rumah program dan beberapa orang guru telah menjadi AJK dalam program ini.
Petang tadi, Nur dan 3 orang lagi rakan sejawat iaitu Kak Ina, Kak Rohana dan Kak Halizah telah pergi bersama2 dengan berkongsi kenderaan.
Sempat juga Nur bergambar pada banner program untuk kenangan..
Dari kiri : Kak Ina, Kak Rohana dan Kak Halizah.
Teman sejawat Nur yang menaiki kenderaan yg sama dengan Nur.
Booth Program Derma Darah terletak di Tingkat 2, Plaza Angsana. Turut kelihatan Puan Hajjah Fauziah, pengetua baru sekolah Nur yang sedang mengisi borang pemeriksaan kesihatan dan guru2 dari sekolah2 lain di sekitar Daerah JB.
Mengabadikan kenangan bersama-sama rakan2 sejawat dan pengetua baru.
Rakan2 sejawat yang turut hadir bergambar kenangan bersama guru yang mendermakan darah.
Yang berbaju biru merupakan rakan sejawat Nur, Cikgu Azlan. Dia memang telah biasa menderma darah.
Tak sampai 5 minit dah hampir penuh karung ni dengan darah yang diderma oleh Cikgu Azlan.
Selesai menghadiri program tersebut, singgah makan mee rebus Haji Wahid yang cukup terkenal.. Memang dah lama tak makan.. Untung sebab hari ni, Kak Halizah yang belanja..
Kak Rohana belanja kami otak2..
Nur pula belanja rakan2 air tebu dan air soya..
Dalam perjalanan ke Plaza Angsana lebih kurang jam 3.00 petang, hujan renyai telah turun.. Syukur Alhamdulillah sejuk sikit udara persekitaran setelah beberapa hari terasa bahangnya..
Esok paper Matematik Kertas 2, tak sabar nak menanda.. Mudah-mudahan anak2 didik boleh menjawab esok.. Cikgunya pula yang tak senang duduk.. risau semacam..
Ok.. jumpa lagi di lain entri.. Wassalam.
Dah lama tidak menderma darah. Tahun ini syarikat saya ada menganjur program derma darah dan saya ingin mengambil peluang untuk turut serta menderma darah
ReplyDeleterajin nur mnderma darah...
ReplyDeleteoh baru tahu nur cikgu rupenye...Slmt Hari Guru in advance yea ;)
Nur,
ReplyDeleteselamat hari Guru... sedapnya mee rebus & otak2 tu..
Kenapa blog moms @ ibu-ibu perlu mesra SEO
Jamu mata– gambar drama Nora Elena
OST Nora Elena – Berubah & VC Promo Nora Elena
Sekadar catatan syiok sendiri–keyword, pageview, alexa rank
Assalamualaikum my dear Nur:)
ReplyDeletehuhuu...wanna to know..
akak tak pernah derma menderma darah niii...
ops!!
What a noble thing to do, blood donation, worthy of teachers' dedication to community.
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu ;)
ReplyDeleteBuat Saudara akubiomed,
ReplyDeleteBagus tu syarikat saudara tu.. Sekurang2nya kita ada sumbangan untuk ahli masyarakat yg lain.
Buat Kak Ummi Hanie,
Terima kasih atas ucapan Hari Guru..
Buat Kak Yong,
Terima kasih Kak Yong.. Memang sedap.. kalau datang JB kena cuba menu ni.
Buat Kak Kartini,
Waalaikummussalam kak.. Nur baru sekali menderma darah waktu zaman belajar di Universiti. Kali ni nak menderma tapi tak cukup syarat..
To Al-Manar,
Thank you for your comment.
Buat Kak Shasha,
Terima kasih kak..