Sila klik link bawah...

Saturday, May 7

Video Nabil Menyakat Humaira


Salam buat semua,
Terima kasih buat semua yang berkunjung ke blog Nur ni. Hari ni perlu ke sekolah kerana merupakan hari sekolah ganti. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah juga akan diadakan di antara badan-badan beruniform dan Nur telah ditugaskan menjadi jurugambar. Nak kongsikan video anak-anak saudara Nur sewaktu mereka bermain basikal minggu lepas. Nakalnya Si Nabil, suka benar dia menyakat Humaira sampai nak terjerit-jerit sepupunya tu..

Dua hari lepas, teman sekerja Nur yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei 2011 turut memberikan ole-ole buat rakan-rakan di sekolah. Sedap juga dapat makan kuih bangkit kelapa. Kalau nak tunggu raya, lama lagi.

"Tahniah buat Atie dan suami, semoga kalian beroleh kebahagiaan hingga ke akhir hayat."


Ole-ole dari pengantin..

Jumpa lagi semua di lain entri. Selamat berhujung minggu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...