Sila klik link bawah...

Wednesday, June 8

Ayam goreng masak kicap lada hitam

Salam.
Sebagai memenuhi permintaan Kak UmmiRosma di Brunei, di sini Nur serta resepi lauk kegemaran Nur.

"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"


Ayam goreng masak kicap lada hitam
Sumber resepi : Bonda Kasih
Bahan2 :
1/2  ekor ayam-dipotong kecil
10 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dicincang halus
Kulit kayu manis, Bunga lawang
1/2 senduk kicap manis
1/2 senduk kicap masin
2 camca lada hitam-ditumbuk halus
Cara2 membuatnya :
1.       Ayam yang telah dipotong kecil2 dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng terlebih dahulu kemudian diketepikan.
2.       Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam sehingga bawang merah tersebut kekuning-kuningan.
3.       Kemudian kecilkan api, dan masukkan kicap manis, kicap masin dan ayam yang telah digoreng tadi.
4.       Gaul ayam sehingga rata dan kemudian bolehlah dihidangkan.




Catatan : Ayam boleh digantikan dengan ikan contohnya ikan kerisi, ikan merah atau ikan tenggiri yang telah digoreng bersama garam kunyit terlebih dahulu. Sekiranya suka, bolehlah menghias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba.. :)

6 comments:

  1. Syukur alhamdullilah....

    Thank you very much my dearest Nur...susah-susah pulak buat entry untuk akak. I appreciate your sincere effort very much.. :)

    Akak akan cuba resepi dari Bonda Nur ni...memang nampak sedap. Bahan pun semua ada kat kitchen...hehehe


    Take care...and keep the selera kampung coming...

    ReplyDelete
  2. Buat Kak UmmiRosma,
    Your welcome sis.. Kebetulan memang Nur ada kat kg, so boleh terus jawab dan taipkan resepi ni just for you.. Take care too.. Ada masa nanti Nur share resepi yang lain ye.. Stay tuned.. :)

    ReplyDelete
  3. salam nba,

    mula2 sekali tq byk2 sbb sudi jf follower sy..jadi sy pun membalas kebaikan akak dgn jd follower blog yg penuh info n cantik bangat ni..

    terliur sy nak rasa masakan ini...susah2 sy masak sendiri la..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Buat Saudara Daddy Zuki,
    Wslm.. Sama2. Terima kasih juga buat saudara atas pujian dan kesudian saudara singgah ke blog saya ni.

    Kalau ada bahan2nya boleh cuba ye..

    ReplyDelete
  5. nampak sedap, nak cuba jugakla...

    ReplyDelete
  6. Buat Epix's Daniel,
    Memang patut cuba sebab sedap sangat.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...