Sila klik link bawah...

Tuesday, July 5

Kenangan di Hari Sukan 2011 Yang Cukup Meriah

Salam.
Apa khabar semua? Hari ni Nur nak berkongsi kenangan sewaktu temasya Kejohanan Olahraga atau Hari Sukan di sekolah Nur pada 30 Jun yang lepas.

Kejohanan Olahraga kali ni bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengah hari. Pada mulanya cuaca pada waktu pagi sememangnya redup, namun di pertengahan acara hujan mulai turun. Namun hujan bukan penghalang untuk semua warga sekolah, acara tetap diteruskan dengan meriah dan penuh bersemangat.



Pasukan rumah Biru





Pasukan Rumah Ungu






Pasukan Rumah Kuning



Pasukan Rumah Hijau




Pasukan Rumah Merah





Pasukan Rumah Jingga





6 rumah sukan yang bertanding dalam acara perbarisan. Acara perbarisan dimenangi oleh Rumah Biru dan tempat kedua jatuh kepada Rumah Merah.




Cukup bersemangat berlumba sesama sendiri untuk menamatkan larian. Rumah sukan Biru memang menang besar... sesuai dengan mottonya.. "Biru, Kaut Semua". Tahniah!




Mengabadikan kenangan bersama anak2 didikku yang akan menduduki SPM tak lama lagi.




Muka yang keletihan dan kesejukan.. Pertama kali dalam sejarah, terpaksa bertugas sebagai jurugambar di dalam hujan ketika di Hari Sukan.





Team sorak yang cukup happening... Dimenangi oleh Rumah Sukan Ungu.



Acara sukan dah pun berakhir dan selepas ini perlu fokus pada pelajaran pula. Peperiksaan Percubaan SPM hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi.

Ok, itu sahaja coretan untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.



6 comments:

  1. hari khamis ni sekolah saya pulak bersukan ...hari jumaat dapat cuti !best-best...

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu kerana sudi follow blog saya.

    anak sulung saya juga seorang guru.

    ReplyDelete
  3. meriah ..bnyk acara yang dipertandingkan yee..

    sukan sekolah kak dibuat pd hujung tahun.

    ReplyDelete
  4. meriahnya sukan zaman skrg..kalo kt sekolah dlu meriah jgk tp tkdelah semeriah zaman skrg..ada yg dgn maskot nya..

    ReplyDelete
  5. hidup rumah kuning...teringat time sekolah dulu...pegang rumah kuning 2 tahun berturut2...dua tahun menang johan keseluruhan...hehe

    ReplyDelete
  6. Buat Kak Sonata,
    Wah bestnya dapat cuti lepas hari sukan... Jealous la kita.. hehe

    Buat Saudara al-lavendari,
    Sama2.. oh ye ke.. Mengajar sek menengah ke, sek rendah??

    Buat Kak Sal,
    Acara tak banyak kak, sebab nak habiskan waktu tengah hari.. Wahhh lambat sukan kat sek akak.. Nur lega sangat dah habis sukan, boleh tumpukan pada akademik pula.

    Buat Mrs. Fiza,
    Zaman sekarang ni bila tiba acara perbarisan dah jadi trend untuk wujudkan maskot rumah sukan. Kebanyakannya maskot di sek Kak Nur adalah dari idea cikgu. Kalau cikgu rumah sukan yg kreatif, macam2 idea diorang boleh buat.

    Buat Saudara Edy Zaidi,
    Tahun lepas, saya pun mewakili rumah sukan Kuning, tapi tahun dah tukar warna la pula.. Kenangan zaman sek memang susah nak dilupakan.

    Buat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...