Sila klik link bawah...

Friday, July 8

Muffin Coklat

Salam.
Apa khabar semua? Tiba-tiba hari ni mood rajin pula nak membakar muffin dan kek..

Ini ialah percubaan Nur membuat muffin untuk kali yang kedua. Kali ni nak cuba buat muffin coklat pula. Nur cuma gunakan tepung serbaguna yang dibeli di kedai kek. Senang, mudah & ringkas..


Adunan sebelum dibakar dalam ketuhar.



Erm awat muffin Nur jadi macam ni???


Ada sesiapa boleh bantu dan beri komen .... Kenapa muffin ni naiknya tak sekata... Senget benget rupanya...isk3x....


Testing satu... makan sendiri..



Walau apa pun, muffin ni tetap sedap...

Ok, esok pagi Nur ada mesyuarat Panitia di sekolah sehingga jam 12.00 tengah hari. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Sabtu, ada sahaja program di sekolah. Kami hanya dapat rehat pada hari minggu je..

Selamat malam semua..

Wassalam.

8 comments:

  1. cantik muffin yg nur buat tu..
    ok lah second time..
    yg paling penting rasanya sedap..

    kak sal pun bila buat muffin camtu juga nur..
    terkadang muffin jadi cantik,kadang tak cantik ...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum my dear Nur..:)

    aduhaii..rajin2..bagus adik akak :)

    Pe2kan...bak omputih kata..
    "don't judge a book by its cover!!"..yang penting sedappppppppp:):):)

    ReplyDelete
  3. Nur... rupa paras tak penting .. yg penting rasanya, pandang pun dah sodap..akak memang suka cekelat camni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nur...sorry terlambat sampai sini. Nampak cantik je muffin tu, gebuss sgt...sedapnye muffin coklat.. :)

    ReplyDelete
  5. setuju sangat2.
    rupa tak penting..

    yang penting rasanya...

    kak nur...
    jb kat mana ya?

    ReplyDelete
  6. Buat Kak Sal,
    Terima kasih banyak Kak Sal atas kata2 pujian tu.. Tak tahulah di mana silapnya.. tak berapa nak naik muffin tu. Ada kawan pun kata benda yg sama, rupa takde.. tapi rasa sedap.. :)

    Buat Kak Kartini,
    Waalaikummussalam Kak Kartini.. Mana ada rajin kak... memang jarang masak. Maklumlah busy memanjang... Betul kata2 tu.. I agree.. hehehe

    Buat Kak ibuintan,
    Betul tu kak.. takpe next time boleh cuba lagi. Nur pun memang suka coklat.. Tq atas komen akak...

    Buat Kak Azlina,
    Waalaikummussalam Kak Azlina.. Memang sedap kak.. Tak puas makan satu.. (ayat masuk bakul je.. hehe)

    Buat Ayu @ Citarasa Rinduan,
    Betul tu Ayu.. Rupa tak seberapa.. nasib la rasanya ok..

    Kak Nur duduk kat Skudai.. Datang Skudai beritahulah ye...

    ReplyDelete
  7. Nur...muffin ni nampak lembut texture kat dalamnya. Nampak sedap lah dear..

    ReplyDelete
  8. Buat Kak UmmiRosma,
    Memang lembut kak.. Nur tak guna butter, cuma guna olive oil je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...