Salam buat semua,
Apa khabar semua? Sekejap sahaja masa berlalu dan pun masuk bulan 7. Tinggal sebulan sahaja lagi pelajar2 Tingkatan 3 akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Minggu ini antara minggu2 yang padat dengan mesyuarat Audit Akademik. Petang tadi Nur dan rakan2 menghadiri mesyuarat untuk Tingkatan 1 dan 2 yang berakhir sekitar jam 5 petang. Esok pula akan berlangsungnya mesyuarat bagi Tingkatan 4 dan pada hari Khamis pula mesyuarat bersama Pegawai PPD bagi Tingkatan 5. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kami warga pendidik bagi memastikan pelajar2 mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki tidak lama lagi. Moga usaha kami akan diberkati dan kelemahan2 yang dikenal pasti akan dapat diatasi dengan segera.
Hari Sabtu lepas, berlangsungnya Mesyuarat Panitia kali ketiga. Sebelum mesyuarat, rakan2 sejawat sempat mengadakan sesi pot-luck ringkas. Masing2 membawa juadah air tangan sendiri untuk dinikmati bersama rakan2.
Kali ni Nur bawa kek dan telur dadar.. Menu utama ialah nasi lemak..
Air cikong sejuk..
Ni pula menu nasi ayam penyet Restoren Bibik (belakang JayaJusco Taman Universiti)
Murah dan sedap..
harganya cuma RM4.50 sahaja..
Ayam penyetnya penuh satu pinggan.
Ok pada yang sudi meninggalkan komen terima kasih banyak diucapkan. Ada kelapangan Nur datang singgah blog anda nanti ye..
Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
assalamualaikum cikgu nur..
ReplyDeletepelajar ambil percubaan bulan posa ya
all the best utk mereka
untuk kawan2 cikgu...sure mereka happy berkawan dgn kak nur..
masakkan sedap2 tu.....
Buat Ayu @ Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteWaalaikummussalam Ayu.. Ya betul tu, peperiksaan Percubaan PMR pada bulan Ramadan nanti. Kak Nur tak pandai masak la Ayu, setakat yg simple2 tu pandai la.. Tak boleh lawan Ayu.. Kena berguru dengan Ayu yg sememangnya tukang masak handalan.
salam cikgu nur..
ReplyDeletesalam ziarah & follow..
Samalah kita ni...selalu sibuk dgn muzakarah mengenai peperiksaan yg hampir menyusul.
ReplyDeleteSemoga segala usaha akan diberkati Alla SAW amin...
wah... pot-luck yng beraneka, macamni lagi bagus kan dapat merasa berbagai menu
ReplyDeleteSalam cikgu,
ReplyDeleteSaya baru nak komen hari Khamis. Adoii terliur tengok air cikong tu :-)
salam..i follow..
ReplyDeletesedapnya pot luck
ReplyDeleteBuat Kak Along Maklong,
ReplyDeleteWslm kak.. Sama2, terima kasih kerana sudi follow blog ni..
Buat Kak UmmiRosma,
Betul tu kak.. sekejap benar masa berlalu, peperiksaan awam dah tinggal beberapa bulan je lagi. Moga usaha kita diberkati Allah.
Buat Kak ibuintan,
Betul tu kak.. Masa pot-luck ni la kita boleh rasa menu yg pelbagai dan masa ni juga dapat merapatkan hubungan dengan rakan2.
Buat Teratak Hami,
Wslm.. tak mengapa.. Nur memang suka minum air cikong tu..
Buat Pen Biru,
Terima kasih kerana sudi follow.
Buat Kak Sal,
Sedap kak. Sek akak takde buat ke tahun ni??
Buat Pot Luck boleh pelbagaikan menu dan menjimatkan. Dipejabat setahun sekali akan buat Pot Luck dan tukar hadiah sesama kakitangan.
ReplyDeleteBimbang dengan anak di tahun 1 dan tahun 2 kerana laporan peperiksaan kurang memberangsangkan