Sila klik link bawah...

Tuesday, September 13

Penangan Peperiksaan Percubaan Sains SPM 2011

Jumlah pengunjung blog "All About Science" pada hari semalam (12 September 2011) mencatat sejarah paling ramai..

Pageview today : 1363
pageview all time history : 94 438

Graf mencanak naik..

Ramai juga pengunjung dari luar negara.

Credit picture : Google search

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Lama benar tak menulis di blog sendiri. Syukur Alhamdulillah, Nur dah bertambah sihat dan kembali pulih seperti sediakala. Seperti biasa masih sibuk dengan tugas2 seharian. Esok akan berlangsungnya Peperiksaan Percubaan SPM untuk kertas Sains.

Blog yang Nur bangunkan (Blog "All About Science" ) mencatat jumlah pengunjung yang paling ramai dalam sejarah iaitu seramai 456 pengunjung pada hari semalam (12 September 2011). Kebiasaan jumlah pengunjung hanya sekitar 100 orang pengunjung sahaja. Mungkin mereka ingin tips-tips menjawab soalan dan menyemak kertas soalan percubaan dari negeri-negeri lain sebagai rujukan.
Semoga perkongsian bahan di dalam blog tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memperoleh keyakinan untuk menjawab dengan baik pada pagi nanti.

Kepada semua calon SPM 2011 yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bagi mata pelajaran Sains pada hari ini, 13 September 2011 cikgu ucapkan Selamat Maju jaya. Cikgu Nur berharap agar para pelajar dapat menjawab dengan baik dan meyakinkan. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang. InsyaALLAH 

Score A dalam Sains


p/s : Mulai esok dah sibuk semula dengan kerja2 menanda kertas peperiksaan.. :)

4 comments:

  1. Oh..baru trial ya..kami dah siap dapat keputusan pun..

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka semua berjaya.

    ReplyDelete
  3. assalamuaalaikum Nur..

    debaran spm dah terasa..
    doakan ye nur..
    emaknya yg takut..
    klu ada apa2 tip2 dlm kimia dan fizik dan yg lain2 subjek bgi tau yee..

    ReplyDelete
  4. Sudah tentu saat-saat genting macam ini ada yang mencari soalan ramalan SPM :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...