Sila klik link bawah...

Thursday, October 27

Beriadah di Taman Rekreasi Gunung Lambak (Part 1)

Salam buat semua,

Pagi tadi Nur, kakak dan anak saudara telah memulakan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Gunung Lambak sekitar jam 9.30 pagi. Segar betul udara di kawasan sekitar yang hijau dan mendamaikan.

Pengalaman pertama kali mendaki Gunung Lambak ini tak akan dapat kulupakan. Agak kecewa juga sebab tak dapat nak menghabiskan pendakian hingga ke puncak tapi semua tu dah memadai. Mungkin pada masa akan datang Nur akan datang semula. Namun bagi kakak Nur, dia dah sememangnya lali dan tiada masalah langsung kerana dia telah biasa ke sini.

Ini sebahagian daripada gambar pemandangan di sekitar kawasan rekreasi untuk tatapan anda semua kerana talian internet tidak mengizinkan untuk Nur upload lebih banyak gambar.

Selamat malam semua..


Laluan masuk ke Gunung Lambak



Kolam renang berbayar


Laluan berturap






Jambatan gantung


Bersambung...

2 comments:

  1. Saya cadangkan gambar bersaiz 500 - 600. Gambar kecil macam tidak puas memandangnya terutama detailnya kerana ia akan memberikan cerita. Lagi pun guna blogspot tidak perlu bimbang mengenai memori

    ReplyDelete
  2. Buat Saudara akubiomed,
    Saya dah besarkan gambar2 tu semua atas permintaan. Terima kasih atas cadangan dan komen ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...