Sila klik link bawah...

Sunday, October 9

Mesyuarat Guru dan Jamuan Penutup Sambutan Hari Raya

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Sekejap sahaja sudah masuk bulan Oktober. Rakan sekerja Nur, Khireen sudah selamat melahirkan putera sulungnya pada 7 Oktober. Sempat juga dia hadir untuk mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM pada 6 haribulan. Esoknya jam 3 pagi terus dimasukkan ke dalam wad bersalin. Tak lupa juga, dua orang anak saudara Nur iaitu Naqiu dan abangnya Uddin telah pun menyambut ulangtahun mereka pada 5 dan 6 Oktober yang lalu. Kebetulan tarikh lahir mereka hampir sama. Beza usia mereka dua beradik ialah 6 tahun.

"Buat Naqiu dan Uddin, Selamat Hari Ulangtahun.. Semoga dipanjangkan usia dan berjaya dalam pelajaran. Jangan nakal2 ye.."

Semalam, telah berlangsungnya Mesyuarat Guru dan juga Jamuan Penutup Sambutan Hari Raya. Masing2 membawa juadah sendiri ala-ala "pot-luck" dan ditambah dengan juadah sumbangan Kantin sekolah dan Puan Pengetua sendiri. Pelbagai juadah lazat dan enak terhidang, sampaikan tak tahu nak nak makan yang mana satu. Semuanya sedap..

Jom kita jamu mata dan lihat apa juadah yang dihidangkan untuk kami sebaik sahaja selesai mesyuarat.



Tu dia... berderet makanan.. Rojak petis tu ada 2 tray (1 tray ada buah nenas manakal satu lagi tiada buah nenas..) Kenapa macam ni? hmm kalau nak tahu di sekolah Nur ramai rakan sejawat yang sedang berbadan dua.

Ini menu utama, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan kering dan telur dadar.

Lauknya pula, ikan masak sambal, sayur labu masak lemak dicampur dengan sayur sawi (erm kalau tak silap la..lupa pula) dan sambal goreng.

Pengat pisang pun ada tau.. satu periuk pulak tu..

Kek sempena hari lahir bos kami, Puan Hajjah Fouziah sumbangan Kelab Bilik Guru. Kebetulan tarikh hari lahir bos kami jatuh pada hari yang sama dengan tarikh mesyuarat ini.

Rakan2 sejawat yang sedang menunggu giliran untuk mengambil juadah terhidang.



Sabar menunggu giliran..


Air asam limau..


Haa.. rambang mata... tak tahu nak pilih yang mana..

Puan Hajjah Fouziah cukup terharu dengan pemberian kad ucapan Hari Lahir daripada kami.

"Selamat Hari Lahir kepada Puan Hajjah Fouziah, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan hidupmu senantiasa dirahmati Allah"


Credit pic : Google search




5 comments:

  1. Buat Kak whitecappuccino,
    Hehe.. tu la.. siap boleh tapau bawak balik rumah.. Mewah dengan makanan.

    ReplyDelete
  2. knur, sy suka jamuan yg lauk dia mcm ni..ala2 msak kpg..bru selera nk makan..hihi

    ReplyDelete
  3. meriahnya majlis...macam2 jenis makanan ade..terliur cik tom..

    ReplyDelete
  4. Buat Mrs. Fiza,
    Betul tu.. Samalah juga dengan akak.. Baru terbuka selera kita.. :)

    Buat Cik Tom,
    Hehe.. selamat menjamu mata Cik Tom.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...