Sila klik link bawah...

Wednesday, November 2

Doa Buat Ayah Ibu


Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun kutahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah
Teguhkanlah iman ku,
kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka

Ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "Ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di malam ini aku terkenang semua itu
Di malam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Di malam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anakku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah Tuhan Sekalian Alam.

Aku hanya insan yang serba kekurangan,.. Tabahkanlah hatiku ya ALLAH.. supaya aku dpat menempuh semua ini...

Amin..

Kredit buat pemilik blog http://satuhati-adie.blogspot.com/2011/05/amalan-doa-buat-ayah-ibu.html


p/s : Terima kasih buat pemilik blog Kembara Hari Seorang Hamba kerana berkongsi doa ini. Buat semua pembaca, banyaklah doa dan sesungguhnya Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab.

2 comments:

  1. terharu sb teringat arwah..

    insyaAllah..moga Allah memperkenankan doa kita yee..

    bertuahlah ibubapa kerana memiliki anak yg sentiasa mengingati dan mendoakannya..

    ReplyDelete
  2. Buat Kak Sal,
    Maaf kak buat akak sedih.. Mudah-mudahan doa akak pada arwah dimakbulkan Allah.

    Moga2 anak akak semua jadi anak yang solehah. Memang bertuah dapat anak2 yg selalu berdoa untuk ibu bapanya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...