Sila klik link bawah...

Friday, November 25

Selesai Sudah Exam Untuk Kertas Sains

Salam buat semua,
Pagi semalam (24 November 2011), anak2 didik Nur telah selamat menduduki Kertas Sains SPM. Syukur Alhamdulillah segalanya telah selesai dan komen yang Nur terima daripada pelajar2, mereka semua mengatakan soalan kertas Sains agak mudah jika dibandingkan dengan kertas Peperiksaan Percubaan SPM tempoh hari. Mudah-mudahan mereka semua dapat menjawab dengan baik. Sungguh lega hati ini, pelbagai usaha telahpun dibuat, seperti kelas tambahan, klinik dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM, dan sekarang tibalah masanya untuk berserah pada Ilahi dan bertawakal padaNya. Moga mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Bercerita tentang penangan Kertas Sains SPM tahun ini, blog subjek yang Nur kendalikan mencatat jumlah pengunjung paling ramai dalam sejarah iaitu seramai 1576 orang pada 23 November 2011. Pada jam 12.00 tengah malam hingga 7 pagi hari semalam (24 November 2011) juga masih mencatat bilangan pengunjung yang ramai. (hmmm mungkinkah mereka ini inginkan tips2 atau soalan2 target @ belajar di saat akhir. isk biar betul.. study last minute.. sungguh tidak sesuai.. harap2 janganlah ada yang amalkan.)

Gembira juga kerana sedikit sebanyak blog All About Science dapat membantu calon2 SPM yang lain (walaupun bukan anak murid sendiri..tapi setidak2nya dapat menyumbang ke arah kecemerlangan mereka..). Tak tahulah setakat mana diri ini mampu untuk mengemas kini blog2 tersebut. Sejak akhir2 ini "mood" untuk mengemas kini blog dah pun pudar. Banyak blog dah pun dianaktirikan termasuklah blog Cetusan Rasa ini. Mungkin sampai ketika diri ini harus berehat buat sementara dan mungkin bersara dalam dunia blogging. Biarlah masa yang menentukan.. Andai diberi kudrat dan idea mungkin Nur akan teruskan.

Rasanya itu sahaja yang ingin Nur kongsikan untuk hari ini. Pada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen, terima kasih yang tak terhingga.

Sekian wassalam.

Statistik pengunjung pada hari semalam (24 November 2011)



Kelas tambahan diadakan sehari sebelum exam kertas Sains. Ramai juga yang hadir, Alhamdulillah. Masing-masing bersemangat, tekun dan sangat sporting.


7 comments:

  1. Alhamdulillah ,
    murid2 dpt membantu untuk mendapatkan rujukan..terimakasih Nur di atas iniasitif itu..

    ReplyDelete
  2. Dunia dah canggih sekarang ni kan cikgu Nur. apa2 maklumat boleh cari di internet je. walaupun tinggal sehari nak periksa SPM, masih boleh dapatkan tip & soalan ramalan. tahniah atas usaha cikgu Nur tu :)

    kalau zaman saya SPM dulu hp takde, internet pun takde jadi mmg usaha diri sendiri, cikgu & doa ibu bapa buat bekalan semasa menjawab periksa.

    ReplyDelete
  3. aslmkum nur.. dah boleh pi bercuti ni nur.. akk lum lepas 1 paper lagi.. smga anak2 murid nur mdpt keputusan cemerlang.. selamat bercuti..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah usaha nur yg baik diterima Allah sebagai pencen akhirat nanti. Saya ada lagi 1 kertas ni yang masih menunggu dgn rasa berdebar :)

    ReplyDelete
  5. Moga yang diusahakan mendapat kebaikkan dari Allah SWT. Nama pun guru, 'ibarat lilin yang membakar dirinya'.

    ReplyDelete
  6. wah ramai yg sggh blog akak tue..bgs2 cuma xbagus last minute..hehe..semoga usaha akak ni diberkati Allah..

    ReplyDelete
  7. bguslah ada blog-blog bermanfaat mcm tu..sesuai dgn peranan nur sbg guru..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...