Sila klik link bawah...

Tuesday, December 20

Bertuah Sebab dapat Doodle dari Adik Fiqa

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Hari ni Nur baru je sempat menjenguk blog sendiri dan baru perasan ada mesej dari Adik Fiqa dari blog http://syafiqahsallehin.blogspot.com/. Tak sangka, rupanya diriku bertuah sebab Adik Fiqa dah pun siapkan satu doodle khas untuk Nur. Beliau baru berusia 15 tahun dan sangat berbakat menghasilkan doodle yang  cantik dan unik. Beliau mempelajari cara2 menggunakan Photoshop daripada ayahnya, En Sallehin atau Fotom3n, seorang jurugambar profesional yang menawarkan perkhidmatan fotografi dan videografi. Manakala teknik melukis doodle dipelajari daripada Cik Dil dari blog "Semanis Epal". Kagum dengan doodle rekaannya dan susunan blog beliau yang cukup kemas dan teratur.


Ini blog Adik Fiqa yang cantik. Nama blognya "Seputih Salji". Banyak doodle2 rekaannya yang sangat cantik dan cute. Beliau memang kreatif orangnya..



Buat Adik Fiqa,
"Terima kasih banyak atas pemberian doodle khas ni. Semoga Adik Fiqa berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang akan diumumkan pada hari lusa (22 Disember 2011). Kak Nur doakan Adik Fiqa berjaya dalam pelajaran."


Cantikkan doodle ni.. Inilah doodle yang direka oleh Adik Fiqa khas untuk Nur. Kalau nak membaca entrinya, sila klik di SINI


Kredit buat Adik Syafiqah

Buat Adik Fiqa,
"You're already catch my heart!!...
Tq sis..  :)"

7 comments:

  1. wow! sangat comel..Nur nak letak kat mana doodle tu?

    ReplyDelete
  2. bestnyer..
    memang cute..
    pernah singgah blog adik tu sebab nak belek doodle yang comel tu..

    ReplyDelete
  3. Comel Doodle yang dihasilkan. :-)

    ReplyDelete
  4. cantik & kemas.. x macam dudel kakyong yg comot.. hahah..

    tahniah Nur..

    ReplyDelete
  5. piqa datang nie. tq kak nur. actually blog lama da delete. hurm igtkan bole on balik mcm fb so terpaksa la piqa buat blog baru dgn doodle wajah baru hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...