Sila klik link bawah...

Sunday, December 18

Makan Tengah hari di Restoran Yeo Sekeluarga Kg Pendas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, JB

Salam buat semua,
Lama benar Nur berehat kan.. Maklumlah cuti sekolah. Tengah hari tadi sekali lagi Abang Nur yang sulung telah membawa kami sekeluarga untuk makan tengah hari di Restoran Yeo Sekeluarga. Lokasi restoran ini terletak di Kg Pendas berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Memang ramai pengunjung yang datang ke sini terutama warga Singapura. Nur pun belum pernah menikmati hidangan di sini. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, kami terpegun dengan pemandangan indah di sekitar restoran ini. Jom kita lihat antara gambar yang Nur rakam dengan kamera handphone je.. (terlupa pula nak membawa kamera DSLR..isk2 rugi betul).


Jeti yang mesti dilalui oleh pengunjung untuk sampai ke Restoran Yeo Sekeluarga.
Jeti ini asalnya diperbuatnya daripada kayu, tetapi kini telah disimen.




Pemandangan di sekitar jeti.





Paya bakau




Bot-bot nelayan.




Pelabuhan Tanjung Pelepas





Satu lagi restoran yang berada bersebelahan.





Restoran ini terapung di atas air.





Pemandangan indah yang sungguh mendamaikan.






Ini cuma sebahagian daripada menu makan tengah hari kami. Memang penuh satu meja, al-maklumlah keluarga besar.






Menu ni sangat sedap... (tak ingat pula apa nama menu ni)






Ketam masak lada hitam.


Makanan di sini memang sedap2. Tak rugi pada mereka yang menggemari makanan laut (seafood). Masa menunggu pun taklah terlalu lama. Lepas makan, kami makan aiskrim Magnum.



Siapa nak angkat tangan?? hehe..



Wow.. menggoda tak..?


Pada sesiapa yang berhasrat nak datang, bolehlah baca dulu review di LINK INI. Bila Nur search di Google, ada juga blogger yang pernah buat entri tentang tempat makan di PTP ni. Boleh klik SINI atau SINI.

p/s : Ada ke sesiapa yang pernah makan di sini, bolehlah tinggalkan komen anda.


7 comments:

  1. seronoknya jalan2 makan2..tengok pemandangan indah2..

    ReplyDelete
  2. lama x lepakk2 tepi2 sungai camtu..
    kkat perakk ni ada restoran sg perak kat k. kkangsar tu. Ramai kata kat sana sedap. Nak g lah..

    ReplyDelete
  3. seafood ni biasanya mahal..berpa harga utk hidangan cm tu?

    ReplyDelete
  4. Penutup dengan ais krim Magnum memang class. :-)

    ReplyDelete
  5. Kakak pernah makan di sini juga Nur... udang tu butter prawn. Kakak suka juga siakap stim dia, kuah ikan dia sedaaaapppp sangat. Macam nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  6. Nice place...

    The menu...aduhaiiii...semuanya buat akak terliur...

    That ice cream....yesssss akak nak...hehe...I havent tasted this one yet only the Magnum vanilla ice cream coated with the belgian choc. Oh ya, Nur dah cuba Wall's Top Ten? pun sedap...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...