Source of pic here
Esok Nur ke sekolah kena bertugas pada Hari Terbuka bagi kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4.
Guru-guru akan berbincang dengan ibu bapa pelajar mengenai prestasi dan pencapaian anak2 mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
p/s : Teringat sewaktu zaman persekolahan Nur dahulu, ayah Nur memang akan datang berjumpa dengan guru2 setiap kali tibanya Hari Terbuka.
Moga pada hari esok, ramailah ibu bapa yang akan hadir. Diharap kesempatan yang ada ini, mereka dapat memantau perkembangan anak2 mereka dan berbincang tentang masalah pembelajaran dan sahsiah anak mereka nanti.
ayu sentiasa suka hari terbuka, maklumlah.. pengawas time tu..
ReplyDeleteboleh bantu makcik/pakcik tunjukkan kelas anak2 mereka.. heheh
PS: moga ramai y hadir ke hari terbuka esok..amin
Oh Ayu pengawas rupanya.. Memang pengawas kena bertugas membantu guru2 dan jadi penunjuk arah. So far, kehadiran agak memuaskan..
DeleteSaya cukup takut hari terbuka dulu, sebab keputusan peperiksaan tiak pernah elok. Cuma saya percaya bahawa saya boleh berjaya. Alhamdulillah sampai juga menara gading.
ReplyDeleteAzrinna,
DeleteTak perlu takut..Sekurang-kurangnya dapat berbincang jika ada masalah pembelajaran. Tahniah ye Azrinna dah jejakkan kaki ke menara gading. Good luck in your study!
ble hari terbuka tu dh nak dekat mula la budak2 buat baik kt cikgu. hihihi
ReplyDeleteZaza Fakharuldin,
DeleteBiasalah tu.. kalau dah namanya budak2.. :D
selamat bertugas Nur..
ReplyDeletemoga hati girang menjawat tugasan terkini berjumpa ibubapa.. diharapkn biarlah majlis berjalan dgn lancar dan Allah permudahkan urusan kita..amin..
Kak Sal,
DeleteTerima kasih kak.. Nur tak pegang kelas cuma bertugas mengemas dewan. Syukur Alhamdulillah, nampaknya semuanya berjalan lancar.
selalu hari terbuka dibuat akhir tahun.. ermmm.. ok selamat bertugas Nur Nilam Sari... hehe
ReplyDeleteSaudara Kasawari,
DeleteDi sek kami hari terbuka diadakan sebanyak 2 kali.
Terima kasih.. Ermm.. nama tu tak sesuai untuk saya.. =)
teringat pulak kenangan masa sekolah dulu time ayah jumpa cikgu...pernah sekali tue masa darjah 5, cikgu komen ciktom suka mengelamun dlm kelas..balik terus kaw2 kena marah..heheee
ReplyDeleteharap perbincangan antara guru & ibu bapa berjalan lancar....
ReplyDeleteSelamat berSabtu di sekolah ya Nur...
ReplyDeleteAslmkm Nur cayang. Ni bab yg Along kurang rajin.... selalu nya hubby yg pergi bincang dgn cikgu, lepas tu feedback kat Along. hehe.
ReplyDeleteassalamualaikum nur.. kat mana ada sek peralihan lagi ek. tingat zaman akak dulu kena masuk kelas peralihan dulu. sek agama la.. hhehe. tapi lepas je tahun akak tu terus dah mansuh peralihan
ReplyDeleteselamat bertemu ibu bapa ya~
ReplyDelete