Salam buat semua,
Apa khabar semua?
Cuba teka apa yang sedang Nur buat?
Credit picture : Google search
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nur sedang menanda buku2 kerja anak2 didik di Tingkatan 5. Ini buku kerja "Science Process Skills" untuk satu kelas Tingkatan 5 sahaja. Nur mengajar 3 kelas.
Hmmm ada sesiapa yang sudi nak tolong tak? hehe (gurau je..)
Memang dah menjadi tugas kami, menanda buku memang rutin harian seorang guru.
Pen merah jadi peneman setiaku saat ini... Mata pun dah letih ni..
Hmm apa kita rehatkan mata dengan lihat bunga2 segar.
.
.
.
Pokok bunga ni ditempatkan di bilik Ketua Bidang. Memang cantik sangat..
Lepas ni ingat nak beli jugalah.. Satu pasu ni harganya cuma RM18 je..
Ramai yang berkenan kan..
Ok jumpa lagi dilain entri. Wassalam.
Selamat menanda buku anak murid yer cikgu, byk tu.
ReplyDeletefiza,
DeleteTerima kasih fiza.. Memang banyak.. :)
warna merah yg sinonim dgn cikgu..takde pen merah tak menggores l kita..hehe
ReplyDeleteselamat menanda buku..akak pun ajar 3 kelas tg 5, 2 kelas tg 4..jenuh juga bila time menanda essay.
ReplyDeleteoh ya..cantik bunga tu.
ReplyDeletenur memang berkenan sangat dengan bunga tu.
ReplyDeletetugas memeriksa buku dah bermula ye nur..
wahhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletemula2 saya pandang gambar yang pertama.. saya rasa teruja.
oh........
sains rupanya..
bila layan pen merah.. saya seriau....cikgu nur dah mula pening kepala
layan pic kedua terakhir dan terakhir.. saya rasa ceria..
moga cikgu nur sihat2 sahaja,.. nak saya bancuhkan nes O
Pen merah. Harap tidak ada yang dibulatkan atau tanda soal. :-)
ReplyDeletesaya suka tgk cg2 tanda kertas/buku...masa cuti aritu duduk sebelah cikgu masa tgh berurusan dalam bank,ushar punya ushar oowhh cg addmath mrsm,fokus je die tnda kertas exam :)
ReplyDelete