Sila klik link bawah...

Wednesday, January 4

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk Sesi Persekolahan 2012



Selamat kembali ke sekolah buat semua anak didikku.

Moga tahun baru 2012 membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat diri kalian.
Timbalah ilmu dan dekatilah guru-guru anda kerana sifat malu dan rendah diri tidak patut ada dalam diri andai kita ingin menggapai kejayaan.
Contohilah kejayaan pelajar cemerlang yang digelar Genius Malaysia iaitu Siti Fatimah Mukhtar yang cemerlang di UK dan masih mengekalkan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim.

Lakukanlah perubahan dan jangan suka bertangguh. Hanya keazaman dan tekad dalam diri yang boleh mendorong diri kita untuk lebih cemerlang dan menjadi individu yang lebih baik.
Sesungguhnya tiada yang mustahil, kejayaan pasti satu hari akan berada dalam genggaman anda. Insya-Allah. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

"To change the world, we must start with ourselves. 

To change ourselves, we must start with changing our beliefs."







6 comments:

  1. Assalamualaikum Nur cayang

    sihat ke dik?? Terlambat kak Nur dtg nie...Selamat thn baru buat Nur ya...moga bertambah ceria dithn 2012 dan bertambah keimanan serta berbahgia selalu....ish seronok tengok anak2 adik2 kesekolah....hehe teringat waktu zaman kak Nur bersekolah dulu....best....kini tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  2. Hari ini anak-anak saya bermula sesi sekolah. Kesian melihat mereka beratur berjemur kerana 2-3 hari cuaca agak terik. Heran kenapa pihak sekolah tidak berkumpul di dewan. :-(

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bertugas nur..perhimpunan rasmi sekolah kami diadakan di dewan besar.

    ReplyDelete
  4. salam & selamat menjalankan tugas cikgu Nur..

    ReplyDelete
  5. selamat kembali bertugas cikgu :)


    ya cikgu..itu yg kita nak..bukan sekadar cemerlang di dunia tp akhirat juga :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sekolah semangat dah berkobar-kobar. Anak-anak murid dah berbaju dan azam baru.

    Cikgu mood baru...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...