Sila klik link bawah...

Monday, April 16

Apa khabar semua?

Salam buat semua, 

Apa khabar semua? Harap anda semua sihat hendaknya.. Maaf sangat2 sebab lama menyepi tanpa khabar berita. Nur bercuti sekejap dari dunia blogging. Hari ni sapu sawang2 yang ada dalam blog sendiri hehehe...

Pada yang bertanya khabar, syukur Alhamdulillah Nur sihat. Minggu lepas baru sahaja sembuh daripada demam dan sakit tekak. Mujurlah kena waktu cuti hujung minggu, maka tak perlu nak ambil cuti sakit.

Minggu ni, seperti minggu2 lain memang padat dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Due date untuk menghantar soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 tinggal 3 hari sahaja lagi. Peperiksaaan Pertengahan tahun bakal menyusul pada awal bulan Mei nanti. 

Untuk pengetahuan semua, setiap hari Sabtu kami diisi dengan pelbagai program2 di sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul, Pertandingan Kawat Kaki, perjumpaan kelab dan persatuan dll... Sempat juga diriku membawa anak2 murid ke pertandingan catur peringkat MSSD pada awal April yang lepas. Walaupun anak2 muridku tidak berjaya memenangi sebarang hadiah, namun mereka semua dapat menimba pengalaman. Macam2 peristiwa yang berlaku di sekolah dan rakan2 yang bergelar pendidik tentu sedia maklum dengan kepadatan tugas dan tanggungjawab ditambah lagi dengan memegang kelas peperiksaan.

Oklah itu saje untuk kali ni. Di bawah Nur selitkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua. Pada rakan blogger yang baru pertama kali singgah ke blog ini, salam perkenalan diucapkan. Terima kasih atas komen2 anda semua.

Selamat malam semua.


Kuih tart yang Nur beli dari rakan di sekolah. Cute2 sangat.. Sedap pulak tu..


Gambar semasa pertandingan catur MSSD.


Awan yang cantik. Nur sempat merakam gambar ni semasa di sekolah.



Perhimpunan badan beruniform setiap Rabu.

23 comments:

  1. waahh..kuih tart!
    waahh...kepulan awan..
    waahh...macam serupa jer minat kita!

    selamat berblogging kembali nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Queenie,
      Wow.. cepatnya akak komen... Komen terpantas yang pernah Nur dapat..
      Nur memang minat ambil gambar.. Tapi tak boleh lawan akak yang hebat memasak.

      Tq kak.. Harap2 blog ni tak bersawang lagi.. :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kuih tart tu. bentuknya pun comel2 aje..

    * selamat kembali berblog. Nur joinlah program Exabytes tu - boleh tambah pendapatan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Laili,
      Memang sedap.. Ermm... rasanya blog ni belum layak lagilah kak.. Saya letak iklan nuffnang je dulu.

      Delete
  4. kat sekolah memang sentiasa sibuk, ada je akt yg dijalankan.moga urusan kita semua dipermudahkan Allah.Amin..

    sedapnya kuih...teringat waktu puasa dan raya, waktu itu sibuk2 dengan persiapan spt kuih muih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Sal,
      Terima kasih kak atas doamu itu..

      Delete
  5. kuih tat??
    sedapnya...
    harap pasni rajinle berblog ye..hehehehe bajet cheqna pun rajin la ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat cheqna,
      Rasanya semua orang suka kuih tart..
      Hari2 ada entri tu susah sikit, ada masa free bolehlah buat entri dalam blog sendiri.. :)

      Delete
  6. assalam nur..

    sedap nampak tart tu... intinya penuh..
    seronok tgk suasan perhimpunan tu.. terkenang masa sekolah dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak MaDiHaa,
      Wslm kak.. Comel je kak tart ni... tapi rasanya sedap.

      Saje letak gambar assembly tu, biar orang teringat zaman2 sek.

      Delete
  7. Kuih Tart Nenas favorites tuh. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Saudara akubiomed,
      Kuih tart memang ramai peminat ;)

      Delete
  8. Assalamualaikum Cikgu Nur..

    Sungguh padat jadual harian ya.

    Kalau tunjuk kuih tart jer.. Semua org teruja.. Sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Aya @ Deru Ombak,
      Wslm kak.. Padat jugalah.. Hehe.. Siapa yang tak suka, memang dianggap pelik.. Betul tak?? :D

      Delete
  9. salam ziarah Cikgu

    nak buat camner kan..tugas lebih di utamakan..wah sedap tgk kueh tart itu..akak malas tul nak menerap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Ina KL,
      Wslm kak.. Betul tu, tugas tetap diutamakan.
      Saya beli je kak.. nak buat memang takde masa. :D

      Delete
  10. Assalam Nur, welcome back..miss u. tak sangka juga kita sebaya kalau tak ckp memang tak taula kan.tq diatas ucapan birthday dan doakan saya hari tu.

    sedapnya tgk kuih tart tu..nieza pun suka mkn tart:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Nieza,
      Wslm. Miss U too.. Hehe.. Nur dah agak yang kita sebaya.. Sama2.

      Saya pun suka tart.. :)

      Delete
  11. alhamdulillah dah sihat... kuih tat tu mmg comel pasti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Hanis MY,
      Syukur Alhamdulillah.. Sedap2.. dah nak abis pun.. ;)

      Delete
  12. Salam Nur,
    Salam kunjungan dari akak, suke nengok kuih tart tu...pebret

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Rohah,
      Terima kasih atas kunjungan balas.. Dah agak sure akak suka tart.

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...