Sila klik link bawah...

Tuesday, April 17

Majlis Perpisahan Sementara Rakan Sejawat

Salam buat semua,

Semalam Nur dan rakan2 sempat meraikan seorang rakan sejawat yang akan meninggalkan kami buat sementara kerana mengikut suaminya yang menyambung pelajaran di London. Beliau akan bercuti tanpa gaji untuk tempoh 3 tahun dan dalam tempoh tersebut beliau dan anak-anaknya akan menetap di London.

Suasana sedih menyelubungi majlis sewaktu beliau diminta memberi ucapan perpisahan sementara. Masing2 berlinangan air mata dan sudah tentu merasa kehilangan rakan sejawat. Pada majlis ini juga rakan2 Nur telah berpakat untuk memberi sedikit cenderahati kenang-kenangan untuk beliau.

Kami rakan2 guru mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan beliau dapat kembali berkhidmat sebaik sahaja suaminya tamat pengajian di peringkat PhD.

"Buat Kak Rasuna,
Jangan lupa kirimkan khabar berita untuk kami. Semoga akak dan keluarga dilindungi oleh Allah hendaknya sewaktu di  perantauan."

Berikut adalah beberapa gambar sebagai kenangan pada majlis perpisahan sementara semalam.


2 biji kek yang ditempah khas..




Bubur sum-sum dan buah-buahan pencuci mulut.


Puding kastard, sambal belacan dan ikan kering.


Lauk pauk utama.. Asam pedas ikan merah, ayam goreng berempah, dan ulam-ulaman.



Ucapan dari Kak Rasuna.


Bergambar kenangan bersama rakan2 guru yang lain.


Rakan yang kami raikan, Kak Rasuna.

10 comments:

  1. oh kak rasuna ni sy masih ingat lagi..dah pakai spek dah dia..dulu dia x pakai..sy rs rata-rata cikgu yg penah jd rakan sejawat sy dulu dh x kenal sy lg sbb muka sy dah bnyk berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Rina,
      Ye dia dah berkaca mata. Rasanya tanggapan Rina tu salah, ramai rakan2 akak masih ingat pada Rina.

      Ada masa terluang, datanglah sekolah, bolehlah nanti kita berjumpa.. :)

      Delete
  2. memang sedih bila ada perpisahan...
    :(
    Moga kak Rasuna & keluarga..dilindungiNya walau mana jua berada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Kartini,
      Memang sedih kak.. Kami dah macam satu keluarga.. terasa juga kehilangan walaupun cuma untuk sementara...

      Terima kasih atas doamu itu.. :)

      Delete
  3. Salam... tiap pertemuan pasti ada perpisahannya kan.. pasti sedih... hmm.. apa pun... masakan yang enak2 tu pasti akan membuatkan Kak Rasuna gembira dan akan ingat teman2 seperjuangan...:)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Kak Shariah Abdullah,
      Wslm. Harap2nya begitulah...

      Moga beliau akan ingat semua kenangan bersama rakan2 sejawat waktu di perantauan nanti..

      Delete
  4. 3 tahun dibandar London lama tuh untung penjawat awam boleh ambil cuti tanpa gaji kalau pekerja swasta perlu letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Saudara akubiomed,
      Memang lama juga.. Setiap pekerjaan tak kira swasta atau kerajaan, memang ada pro and con yang tersendiri.. Mungkin ini salah satu daripada kelebihan penjawat awam.

      Delete
  5. Kalau dapat dimanafaatkan cuti lama tu untuk belajar sesuatu di kota london pun bagus kan.

    ReplyDelete
  6. salam nur
    mesti seday kan..insaalah nnt leh jumpa lg ..masakn tue semuanya sedap2..rasa cam nak join jgk..he hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...